JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

15 kesilapan ibu bapa

15 KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dandi sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAHs.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akandipertanggungjawabk an. Orang yang malangialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawakebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukahengkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandulialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyairamai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudahia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidikanak-anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yangdigalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doamemohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yangbaik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)

Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yangdigalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepadaALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yangmenyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anakmembawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkananak-anak dengan sekolah menakutkan dengan tempat gelap menakutkan dengan hutanrimba atau bukit bukaumenggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anaktidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anaktidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak terlalu memfokuskan anak-anakkepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatifmengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasamarah). membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbangantara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) ramaiyang lebih mementingkan pendidikan minda dari
pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semuaanak-anak sedangkan Rasulullahkerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan menciummereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW menciumAl-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiysedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyaisepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihitidak akan dikasihi.”-( MaksudAl- Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dankurang kemas ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yangmenepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekehatau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadipemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumahseperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik darisalam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan ditempat yangmudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengantujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak denganmodel yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggidan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah,kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Iniakan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dariibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak eloksahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiriataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan
memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yangmasih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasirancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasandalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media inimenonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki danperempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang bolehmerosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepadapembantu rumahuntuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akandisoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadisatukepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengandidikan Islam.

Sumber: diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun
1998
oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^