JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Penanaman Strawberi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Thanks for visiting my iGLoO

Tanaman strawberi di Cameron Highlands dianggarkan mempunyai keluasan lebih kurang 30 hektar yang diusahakan oleh 52 orang pekebun. Jumlah pengeluaran buah segar dianggarkan bernilai RM60 – 70 juta setahun. Pengusaha-pengusaha utama tanaman strawberi di Cameron Highlands adalah terdiri daripada kaum Cina, India dan Melayu. Di samping itu, di antara produk hiliran strawberi yang dihasilkan adalah seperti jem, cordial, halwa, jus, acar, jeli dan topping yang semakin meningkat permintaannya dari masa ke semasa. Produk jem strawberi yang sebahagiannya dihasilkan secara ‘Homemade’ ini telah menjadi daya penarik kepada pengunjung-pengunjung dan sebagai buah tangan untuk di bawa pulang. Pengeluaran produk hiliran adalah dianggarkan bernilai RM12 – 18 juta setahun. Produk-produk hiliran tersebut mempunyai potensi untuk menjadi sebagai produk hiliran pertanian utama bagi daerah Cameron Highlands.


JERAI 21 April – Jika selama ini strawberi sering dikaitkan dengan Cameron Highlands, namun tidak mustahil dalam tempoh terdekat ini, buah tersebut pula bakal menjadi tarikan baru di kawasan peranginan Gunung Jerai.

Gunung Jerai yang merupakan gunung tertinggi di negeri ini, bakal menjadi tumpuan pelancong apabila 1,500 anak pokok strawberi dari baka ‘Chandler’ Amerika Syarikat dan ‘Cama Rosa’ dari Belanda mula disemai di kawasan tanah tinggi tersebut.

Pembantu Pertanian, Jabatan Pertanian Kuala Muda, Zainol Hashim berkata, setelah menjalani kursus tanaman strawberi di Jepun pada awal tahun 1990-an, dia mula memikirkan mengenai prospek tanaman itu di negeri ini.

“Sia-sia jika ilmu yang saya peroleh tidak digunakan sebaik mungkin. Akhirnya setelah puas mencuba, projek tanaman strawberi di Gunung Jerai ini menjadi kenyataan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak.

“Projek yang dimulakan pada 27 Januari 2008 bakal menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar untuk datang ke sini,” katanya ketika ditemui di Gunung Jerai di sini hari ini.

Zainol yang juga penasihat bagi projek Taman Strawberi Gunung Jerai memberitahu, strawberi yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi adalah paling mudah dan hasilnya boleh dituai dalam tempoh 70 hari.

“Kami menjangkakan hasil pertama akan dapat dituai pada awal Julai ini, dan projek ini adalah langkah awal Jabatan Pertanian dalam memajukan industri pertanian negara ini.

“Dengan suhu dan kawasan persekitaran yang sesuai untuk strawberi, kami yakin hasil yang bakal diperoleh tidak lama lagi setanding dengan strawberi yang dihasilkan di kawasan tanah tinggi yang lain,” katanya.

Bagi pengusaha tanaman strawberi Gunung Jerai pula, Zulkifli Muhyiddin, dia yakin tanaman strawberi di puncak Gunung Jerai bakal memberi nafas baru kepada industri agro-pelancongan di negeri ini.

Menurut Zulkifli, beliau mengambil keputusan untuk mengusahakan tanaman strawberi kerana menyedari, tanaman tersebut mampu memberi keuntungan yang tinggi kepada pengusahanya.

“Apabila hasil dapat dituai, saya mencadangkan pengunjung sendiri dapat merasai keseronokan memetik sendiri buah strawberi.

“Saya pasti tanaman strawberi ini dapat menjadikan Gunung Jerai popular seperti Cameron Highlands,” katanya.
KUALA TERENGGANU: Terengganu dijangka mengeluarkan strawberi pertamanya selepas projek perintis penanaman strawberi dengan kaedah fertigasi di tanah rendah mengeluarkan hasil selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Projek itu yang pertama di Malaysia dan Terengganu menjadi negeri pertama melaksanakan tanaman strawberi tanah rendah secara bioteknologi melalui fertigasi biohidrotronik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Peniaga Kecil negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata pembangunan untuk pelaksanaan projek itu yang dikenali sebagai Rumah Hijau Terengganu dibangunkan pereka tempatan, Zulkifli Harun daripada Zull Design Autotronik Sdn Bhd.

"Projek perintis dijangka berupaya mengeluarkan hasil sekitar tiga hingga empat bulan lagi serta mampu bertahan selama lima tahun bagi setiap pokok dan selepas itu pembangunan projek ini akan dikembangkan kepada usahawan tani yang berminat di seluruh negeri.

"Sistem ini dikawal secara elektronik dan memerlukan perisian dan perkakasan khas daripada Zul Design," katanya. Beliau berkata demikian selepas melawat tapak projek berkenaan seluas 0.4 hektar di Kampung Bukit Jong, dekat sini semalam. Hadir sama Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Mustafar Khalid.

"Kos keseluruhan bagi membangunkan projek ini sekitar RM200,000 dan kerajaan menyediakan peruntukan bagi melaksanakannya menerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah negeri," katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Holtikultur, Jabatan Pertanian Negeri, Abdul Rahim Mohamad, berkata teknik fertigasi bagi tanaman strawberi menggunakan medium hampas batang pelepah nipah yang lebih menyerap air berbanding sabut kelapa.

Katanya, teknologi diperkenalkan Zulkifli menggunakan kawalan elektronik sepenuhnya menerusi Pembangunan Indikator Frekuensi Radio (RFID) dan lazim digunakan dalam sektor pertanian hawa sederhana di Eropah.

"Teknologi ini pertama kali digunakan di Malaysia untuk tanaman hawa sederhana tanah rendah dan kami berharap ia berjaya menjadikan Terengganu sebagai pengeluar strawberi tanah rendah pertama di Malaysia," katanya.
Pengeluaran Strawberi Cameron Highlands RM70 Juta Setahun

CAMERON HIGHLANDS, 12 Julai (Bernama) -- Industri tanaman strawberi di sini seluas 30 hektar kini dapat menghasilkan nilai pengeluaran bernilai RM70 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum.

Beliau berkata ini ditambah pula dengan kualiti buah yang lebih besar dan sedap.

"Jika dahulu buah strawberi yang dihasilkan di sini agak kecil dan rasanya agak masam, tetapi kini tidak lagi apabila saiz buahnya semakin besar manakala rasanya lebih sedap dan manis.

"Malah saya berani katakan standard buah strawberi yang dihasilkan di sini hampir setanding dengan strawberi import dan ini terbukti apabila buah strawberi di sini mula dieksport ke Singapura," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Satu Daerah Satu Industri, di sini Ahad.

Johari berkata pencapaian itu adalah hasil langkah proaktif kementerian yang sentiasa berusaha untuk memastikan kualiti strawberi tempatan yang dikeluarkan setanding dengan strawberi import.

Beliau berkata industri strawberi tempatan dijangka berkembang dengan lebih pesat menerusi aktiviti hiliran yang sedang diusahakan pihak kementerian seperti menghasilkan produk berasaskan strawberi seperti jem, acar, halwa, ais krim, teh, minuman dan strawberi kering.

-- BERNAMA

sumber: http://www.moa.gov.my/web/guest/strawberi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^