JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Remaja Sesudah Akhil Baligh

Remaja Selepas Akil Baligh

APABILA anak remaja anda mencecah akil baligh, mereka akan lebih terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar untuk membantu mereka mengekalkan kehidupan sosial mereka. Oleh hal yang demikian itu, mereka akan lebih terdorong untuk terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh orang lain seperti merokok dan minum minuman keras.

Sesetengah masalah bermula dari rumah, sesetengah yang lain pula berpunca dari luar.

Keluar minum bersama kawan-kawan mungkin kelihatan `cool' apabila mereka masih muda seperti ini. Mereka tidak mahu dilihat sebagai seorang yang membosankan apabila kawan-kawan anda yang lain menikmati hidup mereka dengan berparti, mempunyai teman wanita atau teman lelaki dan kelihatan bergaya dengan minuman keras dan rokok di tangan.

Zaman remaja adalah zaman di mana mereka berada di persimpangan jalan, dan ketika ini emosi mereka adalah lemah. Dengan ini, remaja awal belasan dan belasan tahun mudah terperangkap dengan gejala-gejala sosial akibat tekanan dan pengaruh rakan-rakan.

Dan sebagai ibu bapa, ini melukakan hati kita apabila melihat anak-anak remaja kita melakukan sesuatu yang kita tahu akan menghancurkan diri mereka atau masa hadapan mereka… atau kedua-duanya, dan kita tidak tahu apa yang harus dibuat.

Senaraikan kesemuanya di atas sekeping kertas. Kemudian, pergilah kepada keperluan sosial. Ini, dapat dsimpulkan, termasuklah fesyen pakaian, alat solek, wang saku tambahan untuk menonton wayang, membeli album, konsert, berparti, aktiviti-aktiviti kokurikulum, dan temu janji.

Pertama sekali, kenal pasti dan pastikan anda betul-betul tahu masalah anak remaja kita. Tanda-tanda seperti puntung rokok dan botol minuman keras adalah tanda-tanda yang pasti bagi bermulanya masalah ketagihan.

Walau bagaimanapun, ia tidak semestinya akan berkembang menjadi satu masalah. Ada remaja yang boleh menangani situasi mereka itu dan mereka hanya melakukannya sekadar untuk keseronokan atau suka-suka saja.

Tetapi sebaik sahaja kita mendapat tahu bahawa anak remaja kita berhadapan dengan perkara ini, pastikan kita dapat meluangkan masa duduk berbincang dengannya. Perkara pertama yang mungkin akan mereka lakukan ialah menafikan segala yang kita katakan, tetapi dengan adanya bukti yang nyata, mereka sukar untuk mencari jalan menyelamatkan diri. Beritahu mereka bahawa kita mengambil berat dan hanya mahu tahu beberapa perkara.

Kita melakukan semua ini bukannya untuk mendakwa mereka, tetapi kita melakukannya untuk memastikan bahawa segala-galanya di bawah kawalan. Jika dari awal lagi kita menggunakan perkataan yang menghina perbuatannya, ini akan menjejaskan keseluruhan perbualan.

Oleh yang demikian itu, pastikan bahawa kita bercakap dalam nada yang bermaksud kita cuba menolongnya, dan jangan membuat kesimpulan serta merta. Dengar, analisis, bincang, dan nasihat.

BILAKAH IA MULA MENJADI SATU MASALAH?

Ramai remaja yang tidak tahu bilakah ia mula menjadi masalah, dan ditambah pula dengan `kuasa' minuman keras itu, mereka biasanya menafikan sama sekali bahawa ia adalah satu masalah. Oleh hal yang demikian itu, berikut adalah beberapa tanda bahawa arak sudah mula menjadi satu masalah.

1. Tidak berupaya untuk mengawal tabiat minum dan akhirnya minum terlalu banyak pada setiap kali.
2. Tidak dapat mengawal `the first drink of the day'.
3. Apabila alkohol digunakan untuk mengawal masalah atau untuk melarikan diri daripada masalah.
4. Perubahan personaliti.
5. Setiap orang, termasuk kita sendiri, dapat melihat perubahan karakter dan kesukaan anak itu.
6. Tidak dapat mengingati apa yang berlaku pada malam sebelumnya.

Walaupun banyak aduan telah dibuat mengenai remaja lelaki menimbulkan masalah terhadap orang lain akibat masalah ketagihan arak, realitinya, remaja perempuanlah yang sepatutnya mendapat lebih perhatian dalam perkara ini.

Didapati bahawa remaja perempuan lebih mudah dipujuk atau dipengaruhi untuk minum arak walaupun mereka tidak sukakan rasanya. Dan kekuatan daya pujuk oleh rakan-rakan sebaya adalah kaedah yang paling efektif dan paling biasa digunakan untuk memujuk seorang gadis itu untuk minum… dan terlebih minum.

Di antara sebab mengapa ini berlaku ialah kerana remaja perempuan adalah lebih beremosi berbanding remaja lelaki. Apabila mencecah akil baligh, mereka terpaksa berhadapan dengan perubahan emosi akibat perkembangan hormon.

Ditambah pula dengan faktor-faktor seperti mahu kelihatan bergaya, diterima rakan-rakan, mencari identiti sendiri, dan cuba berdiri di atas kaki sendiri boleh menjurus remaja perempuan menjadi kaki botol, lebih teruk daripada remaja lelaki.

Ibu bapa perlu sentiasa memerhatikan siapakah rakan-rakan anak gadis mereka kerana rakan-rakan mereka adalah perhubungan pertama yang mereka jalinkan di dunia luar tanpa panduan kita… sekurang-kurangnya, tanpa panduan yang kerap.

Gadis yang mempunyai kawan-kawan yang minum arak dan merokok lebih berkemungkinan untuk merokok dan minum arak. Remaja yang mempunyai kawan-kawan yang kaki minum adalah sembilan kali lebih berkemungkinan untuk minum berbanding remaja yang tidak mempunyai kawan-kawan seperti itu.

Salah satu daripada sebab mengapa remaja belasan tahun terjebak dalam tabiat minum minuman keras ialah kerana mereka fikir tiada siapa yang peduli, dan ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka, sama ada sengaja ataupun tidak, memainkan peranan penting dalam hal ini.

Sebelum menyalahkan anak kita sepenuhnya, fikirkan sejauh mana kita mengenali anak kita, apa yang dibenci dan disukainya, bilakah kali terakhir kita bercakap dengannya mengenai sesuatu yang penting yang berlaku dalam hidupnya.

Jika dia berterus terang dan mengaku bahawa dia kadangkala minum, tanyalah berapa banyak yang diminumnya pada satu-satu ketika. Biasanya kita tidak akan mendapat jawapan yang tepat. Sebaliknya, perhatikanlah pada lain kali apabila dia pulang ke rumah selepas menghadiri sesebuah majlis.

Remaja belasan tahun mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk muntah selepas minum arak dan ditambah dengan faktor-faktor berisiko yang lain seperti kurang mahir memandu dan jika dia menghadapi masalah sosial yang lain, berhadapan dengan bunuh diri, pembunuhan, mati lemas dan pergaduhan. Ini adalah senario terburuk yang boleh berlaku, tetapi ia berkemungkinan tidak berlaku.

Perkara yang membimbangkan bukanlah hakikat bahawa anak kita minum arak, tetapi aspek yang paling membimbangkan ialah ia boleh didapati dengan mudah di mana-mana sahaja. Di kedai-kedai runcit, kedai 24 jam, stesen minyak, kedai majalah dan sebagainya. Mereka boleh masuk
dengan mudah dan meminta beberapa tin bir tanpa masalah. Inilah yang membimbangkan.

Tetapi sukar untuk meyakinkan seorang remaja bahawa dia sedang bermain dengan api, apabila dia yakin bahawa hidupnya adalah normal (seperti rakan-rakannya yang lain) dan dia tahu menjaga dirinya sendiri.

Walaupun jika anak kita tahu karate atau bentuk seni mempertahankan diri yang lain, ia tidak berguna jika dia di bawah pengaruh alkohol. Pergerakannya menjadi lambat, tidak berupaya memikirkan yang mana baik dan yang mana buruk, dan paradigma mentalnya tidak seimbang.

Di Amerika Syarikat, kemalangan jalan raya yang melibatkan alkohol menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes kemalangan jalan raya. Satu pertiga daripada kes bunuh diri di negara itu juga berkaitan dengan alkohol.

Berbual dengan anak remaja kita itu satu perkara, dan satu perkara lagi ialah jika ia tidak mendatangkan hasil, anda akan berhadapan dengan prestasi pelajaran yang merosot, sikap buruk di rumah dan putusnya komunikasi di antara anak remaja anda dan keluarga. Jika ini berlaku, anda mesti mengambil tindakan segera.

Kita tentu tidak mahu memberikan anak kita pendedahan dan kebebasan untuk membuat pilihan, tetapi dengan memberikan mereka kuasa yang terhad untuk membuat keputusan mungkin menjurus mereka lebih jauh ke jalan yang salah. Sayangi mereka sepenuhnya, tanpa berbelah bahagi.

Walaupun jika mereka menghadapi masalah dan tidak mengakuinya, berlemah lembut, ambil berat dan sayangi mereka seperti yang selalu kita lakukan. Bertindaklah dengan cara yang biasa sewaktu mengenakan peraturan dan pastikan kita tegas dengan peraturan-peraturan baru.

Kurangkan jumlah masa di mana dia dibenarkan keluar ke parti bersama
kawan-kawannya. Jika dia masih berkawan dengan mereka yang kurang
sihat, inilah masanya kita bercakap dengan ibu bapa kawan-kawannya.

Bekerjasama dengan mereka untuk membunuh tabiat buruk ini. Suruh mereka pulang awal dari biasa dan pastikan ada seseorang yang kita percayai yang bersama dengan mereka untuk memandu mereka pulang dari apa-apa majlis yang dihadiri mereka.

Bincangkan kaedah-kaedah lain yang boleh dilakukan dan yang dapat diterima oleh anak kita dan jadilah seorang yang berfikiran fleksibel. Terlalu tegas hanya akan menyebabkan anak anda membantah usaha anda untuk mengawal tabiatnya. Tidak kira berapa kecil anda bermula, ia berbaloi.

Jalankannya langkah demi langkah supaya anda boleh melihat peningkatannya, kerana keputusan yang segera biasanya akan menyebabkan tabiat itu berulang, memburukkan perhubungan, mendatangkan kebencian dan putusnya komunikasi di antara kedua-dua pihak.

Pada masa yang penting ini, mereka secara tidak sedar akan faham mengapa kita melakukan semua ini. Tetapi kerana ia bercanggah dengan prinsip-prinsip kebebasan, mereka akan membantah anda pada awalnya. Berdiri dengan tegas dan sayangi mereka tanpa berbelah bahagi.

Biarkan mereka tahu bahawa kota tidak membenci mereka kerana tabiat buruk mereka itu, tetapi kita begitu sayangkan mereka dan tidak boleh mendiamkan diri sahaja sedangkan mereka menuju jalan yang salah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^