JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Bangunan Tertinggi di Muka Bumi



X-Seed 4000 adalah satu-satunya struktur bangunan tertinggi yang pernah difikirkan oleh manusia. Secara keseluruhannya, kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah hampir siap sepenuhnya.

Namun menurut Georges Binder, Pengarah Urusan bagi firma Building & Data, sebuah firma yang mengumpulkan data dan maklumat untuk bangunan diseluruh dunia menyatakan bahawa "X-Seed 4000 bukanlah sebuah bangunan yang dirancang untuk dibina sebaliknya ia hanya sekadar untuk mendapatkan pengiktirafan untuk firma arkitek yang merekanya dan ia berhasil".

Cadangan rekabentuk bangunan ini melibatkan ketinggian 4000m dengan keluasan tapak laut selebar 6km. Mempunyai 800 tingkat yang dianggarkan boleh menampung antara 500,000 ke sejuta manusia.
Ianya direka oleh firma Taisei Corporation pada 1995 untuk bandaraya Tokyo, Jepun dimana rekabentuknya yang bersifat futuristik yang menggabungkan kehidupan Ultra-moden dengan interaksi alam semulajadi.

Tidak seperti bangunan pencakar langit konvensional yang wujud pada masa kini, X-Seed 4000 memerlukan perlindungan aktif bagi melindungi para pekerja untuk berdepan dengan perubahan tekanan udara dan cuaca disepanjang perubahan ketinggian bangunan ini. Bagi mengekalkan keadaan yang normal didalam bangunan, punca tenaga solar akan digunakan.

Rekabentuk struktur bangunan ini diilhamkam daripada bentuk gunung Fuji yang terkenal di Jepun. Namun apa yang berbeza adalah gunung Fuji adalah sebuah gunung yang tertegak diatas darat sementara X-Seed 4000 adalah struktur yang direka diatas tapak lautan. Gunung Fuji hanya berketinggian 3776m, 224m lebih rendah daripada X-Seed 4000, ianya adalah 2 kali ganda lebih tinggi daripada Shimizu Mega City Pyramid yang berketinggian 2004m yang menurut jangkaan akan disiapkan pada 2110 dan ini meninggalkan suatu tarikh yang berkemungkinan untuk pembinaan X-Seed 4000 mungkin pada abad yang ke-22 atau ke-23 bergantung kepada transformasi yang bakal berlaku kepada planet bumi sepertimana yang berlaku kepada Mars dan Venus.

Anggaran kos bagi membina struktur pencakar langit X-Seed 4000 ini dianggarkan antara US$300-900 billion merujuk kepada nilai mata wang dolar pada masa ini. Selain daripada X-Seed 4000 dan Shimizu Mega City Pyramid di Jepun, terdapat tiga lagi cadangan struktur mega sedemikan yang mengikut perancangan akan turut dibina iaitu Dubai City Tower(2400m) dan Nakheel Tower(1400m) di Dubai serta Bionic Tower(1128m) yang akan dibina sama ada di Hong Kong atau Shanghai. Apa yang menarik kesemuanya berada di Asia.

3 ulasan:

  1. wah... tinggi nye??? camne die leh wat yang ats tu pingu??

    BalasPadam
  2. hahaaa.. biasalh manusia ni kan ada akal. mcm2 benda yg boleh mereka buat.. mcm komputer ni. ingat senang ke? sgt2 complicated

    BalasPadam
  3. a'ah ek.. hikhikhik.. :p
    dasyat la dorang ni...

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^