JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Ada apa dengan mata?


Hai apa khabar semua? Diharap sihat-sihat hendaknya. Baiklah pada entry kali ini Pingu nak berborak mengenai mata. Mata? Adakah topik yang menarik pasalnya? Jawapanya pastinya ada. Pingu tak berhasrat nak menceritakan bagaimana mata berfungsi atau menerangkan satu persatu tentang elemen-elemen pada mata seperti retina bebola mata dan seumpamanya. Kali ini Pingu hanya nak sentuh sedikit tentang anak mata.

Apa dia anak mata? Ramai orang keliru bahawa anak mata itu merupakan “mata hitam” yang ada pada mata anda. Sebenarnya tidak. Yang benar hanyalah anak mata itu merupakan sebahagian daripada mata hitam anda. Kedudukannya ialah ia berada di tengah-tengah mata hitam anda. Namun, tahukah anda bahawa saiz anak mata boleh berubah-ubah?

Ok, Pingu nak beri satu contoh. Misal kata anda berada di suatu tempat yang sangat terang benderang. Tiba-tiba, lampu terpadam. Apa yang anda alami ialah melihat keadaan yang sangat gelap gelita. Tetapi, sedarkah anda selepas beberapa ketika, mata anda mampu menangkap cahaya yang mempunyai keamatan sangat rendah yang berada di sekitar anda yang berasal dari satu kawasan yang agak jauh. Dalam masa yang sama anda mampu untuk melihat sekeliling anda dalam keadaan samar-samar. Persoalannya, mengapa mata anda tidak serta merta menangkap cahaya samar yang berada di sekeliling anda?

Jawapan bagi persoalan diatas kerana keadaan semasa anak mata anda yang belum sempat berubah dengan keadaan drastik tersebut. Sebenarnya, saiz anak mata anda bergantung kepada kadar cahaya yang masuk ke dalam mata anda. Jika anda berada di kawasan terang, saiz anak mata anda akan mengecil untuk mengurangkan keamatan cahaya yang masuk ke dalam mata anda. Pada keadaan gelap, anak mata anda akan membesar berkali ganda untuk membolehkan mata anda menangkap kemungkinan cahaya yang samar-samar yang berada di sekeliling anda. Namun, keadan ini bukanlah berlaku dalam keadaan drastik tetapi ia mengambil masa sedikit.

Mungkin sukar bagi kita untuk melihat perbezan ini akan teapi, cuba anda lihat mata kucing peliharaan anda. Pada waktu siang, anak mata kucing ini akan menjadi kecil dan mempunya lebar kecil. Pada waktu malam atau keadaan gelap, perhatikan anak mata kucing anda. Anak matanya akan membesar berkali ganda dari segi kelebarannya untuk membolehkanya menangkap cahaya.

Diharap anda dapat sedikit informasi disini. Sekadar berkongsi dengan para pembaca. Sekian sahaja daripada Pingu untuk anda.

8 ulasan:

  1. aha anak mata berubah dengan jumlah cahaya yang diterima..thanks info ^_^

    BalasPadam
  2. pakai lens tapi asyik letih jer..wuu

    BalasPadam
  3. wah.. pakai lens xselesa ek? sebab sy pun dah mula rasa rabun tp xsuka nak pakai spek.. huhu nanti kawasan mata nampak pucat

    BalasPadam
  4. mata.... dari mata jatuh ke hati... :) betoi2 jadi.. dulu selalu cakap diri ni x cantik , arwah abah cakap..amek cermin tgk anak mata dlm2... yg hitam kecik tu la... :) bila umo dah remaja , baru teringat dan buat.. alhamdulillah.. diri yg x cantik ni nampak cantik dalam anak mata hitam tu :) try la

    BalasPadam
  5. hehe.... bagus tu Mujahadah~~
    lgpun apa yg diciptakan Tuhan tu cantiq. hihi

    BalasPadam
  6. shindosai: agaknya angelina jolie kots ahaks!

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^