Salam sejahtera semua. Kebanyakkan Blogger yang menulis entry mesti suka dan bersemangat jika entry mereka dibaca dan dikomen oleh ramai Pelawat Blog. Ini akan menaikkan semangat anda untuk menulis lebih banyak cerita di blog anda. Namun begitu, bagaimanakah cara untuk menarik para pembaca untuk menghantarkan komen?
Salah satu cara atau perkara yang paling penting yang mesti anda ingat ialah jangan letak "words verification". Ini akan menyebabkan pengomen akan terbantut untuk memberikan komen pada masa akan datang di blog anda. Sebab ia akan menyulitkan mereka lebih-lebih lagi kalau words verification tu susah nak dibaca. Saya tahu ini akan elakkan spam tapi apa salahnya jika anda setkan Komen akan dimoderate dulu sebelum dipaparkan. Senang bukan?
Tips kedua ialah dengan membalas setiap komen yang diberikan oleh visitor di setiap entry anda. Jika anda mengabaikan komen-komen Visitor anda mereka akan berfikir seolah-olah anda tidak menghargai mereka. jadi jangan lokek untuk meluangkan sedikit masa anda untuk membalas komen pada setiap entry.
Tips ketiga adalah dengan melawat BLog rakan-rakan anda yang lain dan memberi komen kepada entry mereka. jangan malas-malas. Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan demikian. Hal ini akan menarik Blogger lain untuk komen entry di blog anda juga.
Sekian dulu tips untuk topik ini. Jika ada tips lain boleh dikongsi bersama~
hoho , sokong . tapi tak taw nak buh button reply kat komen la . wuwu
BalasPadamhehee xpe belajar2.. xtau sila google jer.. hehhe
BalasPadamtp kekadang tuh, terlepas pandang pn ada jugak..huhu
BalasPadamhehe biasalah... huhu sy pun kadang2 xdpt track sapa komen kat post.. huhu...
BalasPadam