JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Tahniah Ana Rafali: Juara Anugerah Juara Lagu 25


Tahniah buat Ana Rafali kerana menjadi pemenang pertama Anugerah juara lagu ke-25 pada malam tadi. Walaupun saya tidak menjangka beliau akan memenangi sebarang anugerah malam ini, namun tekaan saya meleset. Saya menjangkakan Yuna melalui Cinta sempurna akan menjulang Trofi juara kerana lagunya yang cukup hebat dan persembahan memukau. Namun Rezeki tidak berpihak buat Yuna. Diharap Yuna bertabah.

Buat Ana Rafali, Tahniah untuk anda. Saya yakin anda sendiri sukar mempercayai kemenangan anda tetapi itulah yang telah tersurat dan telah menjadi kenyatan. Teruskan berkarya dengan hasil seni sendiri tanpa terikut-ikut artis lain.

Saya juga berasa sangat kagum kerana anda sanggup meluangkan masa membuat persembahan percuma dalam majlis perkahwinan bekas housemate sy yang merupakan kawan kamu satu sekolah sedangkan waktu itu kamu sedang sibuk dengan separuh Akhir AJL. Mungkin itu rezeki buat kamu kerana kamu bermurah hati.

Kemenangan kamu kerana kekuatan lagu kamu itu sendiri. personally saya juga meminati lagu Tolong ingatkan aku itu dan sedar keunikan lagu tersebut. walaupun persembahan anda agak sedikit goyah namun Juri menilai kualiti lagu yang kamu sampaikan itu. Apa-apapun syabas buat anda. jadikan kemenangan ini sebagai satu Motivasi untuk menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^