Pada bulan oktober yang lepas, saya berpeluang melawat Macao, China kerana menghadiri perbentangan kertas kerja dalam International conference for wireless communication. Lawatan selama enam hari disana cukup indah kerana dapat melihat budaya kehidupan dan juga teknologi mereka. Disini saya nak berkongsi sedikit tentang pemandangan menarik di sana.
Bangunan di dinamakan Crown. memang cukup cantik binaannya. gambar ini diambil pada waktu tengahari. Jika anda lihat keadaan langit, tidak ada satu awan pun yang kelihatan. Akan tetapi suasana disni sejuk. suhu dicatatkan sekitar 20 darjah celcius sahaja kerana longitudnyanya yang berada di hemisfera utara.
Macao mempunyai waktu yang sama dengan kuala lumpur kerana berada pada garisan membujur yang sama. namun begitu, Macao cepat masuk waktu malam dan juga cepat siang.
Percayakah anda bahawa gambar ini diambil di dalam satu shopping kompleks terkemuka di Macao? Ia berada pada satu Hotel yang dinamakan Venetian. Kemewahan Hotel Venetian ini saya rasakan setanding Hotel 6 bintang. Saya tak rasa ada satu Hotel pun yang lebih hebat dari Hotel Venetian ini di kuala Lumpur. Suasana shopping Kompleks ini mengambil konsep Venice. Siap ada anak sungai dan Gondola yang dikemudi oleh orang putih.
Ini merupakan pemandangan luar satu hotel mewah yang sedang di dalam pembinaan.
pemandangan satu bangunan yang cantik dan mewah
pemandangan dalam hotel venetian
Perjalanan dari bandar Taipa ke Bandar Macao (menyeberangi jambatan yang panjang di laut. Sungguh indah.
Salah satu senibina banguna yang unik dan cantik
Pemandangan di luar satu banguna Kasino yang mewah.. Kalau nak tau, Macao merupakan syurga perjudian. Disana sini anda boleh temui kasino dan orang berjudi.. tidak kira siapa and apa status mereka, penduduk di sini gemar berjudi even di tepi jalan sekalipun.
Bangunan yang cantik di bandar macao
Pemandangan di luar Venetian hotel. Cukup hebat!
Satu sudut pandangan di Venetian Hotel.
Pulang ke LCCT Malaysia. hehee
macao ni best jalan2 tp susah betul nak cari makanan halal.. almost xdeeee huhu
BalasPadam