JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Buaya menghuni Tasik Buatan di Kuantan Pahang

INILAH buaya yang timbul di tasik buatan di Taman Seri Inderapura, Kuantan semalam.

Seramnya bila buaya dah mula bersepah sana-sini. Tempat yang sepatutnya tiada buaya pun dah mula kelihatan berbuaya.. Eh! Betul ke ayat aku nih? hehe.. Apa ya Punca Buaya Boleh duduk di Tasik Buatan? bagaimana Buaya boleh sampai situ? Saya fikir mungkin kesan dari Banjir menyebabkan Buaya tersebut berenang dari kawasan habitatnya. Hal ini boleh membahayakan orang awam yang tidak tahu akan hadirnya buaya disitu.


Berita penuh

KUANTAN - Selepas kemunculan buaya tembaga yang menggemparkan penduduk di Kampung Sungai Soi baru-baru ini, kini hampir 6,000 penduduk di Taman Seri Inderapura di sini pula kecoh dengan penemuan reptilia itu di sebuah tasik buatan di kawasan itu semalam.

Difahamkan, terdapat tiga ekor buaya mendiami tasik itu dan yang paling panjang dikatakan melebihi tiga meter.

Haiwan liar yang dipercayai menghuni kawasan itu sejak beberapa tahun lalu didakwa dilihat penduduk ketika timbul di permukaan air dan berjemur.

Situasi itu membimbangkan mereka kerana tasik tersebut terletak berhampiran sebuah sekolah agama rakyat yang mempunyai kira-kira 400 murid.

Seorang penduduk, Kamaruddin Ibrahim, 44, percaya buaya tersebut tersesat dari Sungai Belat dan masuk ke tasik itu ketika banjir besar beberapa tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^