“Katak Oh Katak, mengapa kau panggil Hujan?”
“Bagaimana aku tak panggil, Ular nak makan aku! Ular nak makan aku!”
Pokok persoalannya ialah: Mengapakah hujan datang setelah dipanggil oleh katak? Adakah katak ada kuasa ajaib yang boleh menarik hujan untuk turun? Jawapannya, tentu tidak bukan? Seringkali kita mendengar bunyi katak riuh rendah sebelum turunnya hujan lebat, seolah-olah katak tersebut menjemput hujan untuk turun. Telah lama Pingu menyedari perkara ini namun baru sekarang Pingu terfikir akan sebabnya.
Nak tahu kenapa? Tentu anda pernah terdengar pasal sixth sense atau lebih dikenali sebagai deria keenam. Kita sebagai manusia hanya dikurniakan lima deria sahaja seperti mendengar, melihat dan menghidu tetapi bagi haiwan, mereka memiliki deria keenam yang mampu untuk meramalkan kejadian alam yang hampir berlaku. Fenomena ini secara sedar telah banyak ditunjukkan sebelum ini.
Sebelum berlakunya bencana alam yang dasyat, kebiasaanya haiwan-haiwan peliharaan akan meronta-ronta untuk melepaskan diri manakala haiwan-haiwan liar berhijrah dan cuba mencari tempat perlindungan. Ada kejadian bencana alam yang mengorbankan ramai umat manusia tetapi hanya sedikit haiwan yang terkorban. Fikir-fikirkanlah.
Sekian sahaja celoteh Pingu tentang perihal deria keenam. Semoga mendapat sedikit info disini~
nice thought!
BalasPadamhehe.. tq hawa.. tibe2 je nak tulis topik nih.. hehe
BalasPadamemmm betol jugak tu kan....hurmm...org kata, binatang boleh dgr mcm mana org kena seksa dlm kubur...huhuhuhu
BalasPadamtu la.. seram sgt kan.. huhu
BalasPadambdw, as a sharing, aritu hawa gi kem, dia cakap pasal pengajaran lagu bangau oh bangau, iaitu ketidakbolehan utk mmbuat keputusan dan ikhtiar. kalau ade masalah, kita kene la cari ikhtiar, jgn pula salahkn org lain klu kita sendiri tak dpat mmbuat pilihan yg tepat
BalasPadambetul tu hawa.. lagu tu memang bawak pengajaran.. jgnlah salahkan pihak lain.. kene selesaikan sendiri masalah
BalasPadam