JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Fenomena meletak lagu, MP3, radio online pada BLOG


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Just nak bagi komen untuk entry kali ni. Rasanya korang yang biasa berblogging perasan atau ada juga yang buat iaitu meletakkan sebarang jenis lagu, mp3, radio dan sebagainya di dalam blog korang. Apakah reasonnya ya?


Dari beberapa siri perbincangan sebelum ini, ada yang suka dan ada juga yang sangat tidak suka. setiap orang ada alasan masing-masing. dan disini saya nak menyatakan pendapat saya pula.

Kebanyakkan kita yang sedang melayari internet pastinya sambil-sambil itu suka untuk memasang lagu-lagu kegemaran masing-masing tak kira dari Komputer / laptop anda atau anda stream daripada laman web Youtube dan lain-lain lagi. Jadi, apa yang berlaku jika sedang anda masuk satu blog ni untuk membaca info, tiba-tiba muncul lagu yang kuat dari Blog tersebut? kalau sayalah, kalau rajin saya akan tutup speaker dan teruskan baca info, kalau tidak, saya akan tekan butang pangkah pada blog tersebut tanpa membaca apa-apa. sebab pada pendapat saya cukup Annoying.

Justeru, pada mereka yang berharapkan ramai pengunjung datang ke blog anda, sila pastikan anda elakkan dari memasang sebarang jenis aplikasi lagu/ radio di dalam blog anda. Jika mahu pasang juga, pastikan lokasinya di atas (mudah orang nak lihat) dan pada masa sama ada butang STOp untuk memberhentikan lagu tersebut daripada terus play. ADa juga blog yang pasang lagu dah la tak boleh diSTOP pastu sangkut-sangkut dek kerana line internet yang slow. memang sakit telinga nak mendengar.

Itu sahaja TIPS dari saya untuk kali ini. Ini hanyalah pendapat. Jika anda merasakan memasang lagu itu sangat penting bagi anda, teruskan memasang lagu tersebut. Sekian sahaja~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^