Tahun ini menyaksikan Satu Sejarah telah Tercipta. Datuk Seri Anwar Ibrahim Yang selama ini dipanggil PM tepi telah berjaya mendapat tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri ke-10. Dalam pemerintahan yang masih baru, banyak perkara perlu beliau lakukan untuk negara kita Malaysia.
Pada masa ini, banyak mata yang memerhati kepada beliau. Segala tindak tanduk perbuatan dan apa jua perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri ke-10 menjadi perhatian oleh masyarakat negara kita di mana ramai rakyat Malaysia menantikan bahawa PM ke-10 boleh membawa satu pembaharuan yang baik kepada Senario politik negara.
PM ke-10 banyak membuat janji-janji sebelum ini. Rakyat melihat janji-janji yang pernah dibuat akan dilaksanakan terutamanya hal berkaitan dengan kebajikan Rakyat
Justeru Datuk Seri Anwar Ibrahim Perlu bekerja keras dan membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan dapat dilaksanakan walaupun secara perlahan dan berperingkat kerana kita percaya dan kita yakin bahawa jika pemimpin menggalas amanah dengan baik, negara kita akan menjadi lebih Makmur lebih maju dan aman sentosa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^