JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Final Gegar Vaganza: Saya Team Siti Nordiana!



Jujurnya, dulu-dulu aku tak pernah minat Siti Nordiana. Bagi aku dia penyanyi yang seperti kebanyakkan. Boleh menyanyi tapi kurang wow Factor. Tapi itu dulu.. Now, Nana improve a lot! Gegar Vaganza benar-benar buka mata dan telinga aku untuk lebih mengenali bakat besar beliau dalam bidang nyanyian. Aku yakin peminat-peminat seni suara lain pun rasa apa yang aku rasakan. Nana punya vokal sekarang memang wow! Ada kelas tersendiri. Teknik dia semakin bagus. Tak hairanlah bagi je dia lagu apa pasti dia boleh bawak dengan baik walaupun sukar mana pun lagu tu and tinggi melangit key diberikan. Ok.. Malam ni debaran sangat dinantikan..

PUTUS TERPAKSA!

Itulah salah satu daripada lagu yang bakal disampaikan oleh siti Nordiana pada malam ini. Serius aku menantikan persembahan beliau lebih daripada peserta lain. Lagu nyanyian Ziana Zain ini memang terkenal dengan kedasyatan nota tingginya dan energy yang diperlukan. Salah satu lagu kegemaran aku masa karaoke juga membuatkan aku sangat faham akan kehebatan lagu tersebut. Tak semua mampu bawak sebaik Ziana Zain pada zaman kegemilangannya. Dan setakat ini, memang Ziana Zain lah yang terbaik membawakan lagu tersebut. 

Apa-apapun Good luck buat Nana! Final Gegar Vaganza. Wish you best of luck! Kite ramalkan awak bakal juara. Insya-Allah.

By the way, jum imbas kembali senarai lagu yang dibawakan oleh Nana sepanjang penyertaannya dalam gegar Vaganza Musim ke-2:

Minggu 1: Paling Comel (lagu sendiri bersama Achik Spin)
Minggu 2: Madah Berhelah (nyanyian asal Ziana Zain)
Minggu 3: Kasihnya Laila (nyanyian asal Jinbara)
Minggu 4: Memori Berkasih - duet bersama Lan Kristal (lagu sendiri bersama Achik Spin)
Minggu 5: Nirmala (nyanyian asal Dato Siti Nurhaliza)
Minggu 6: Aku Takkan Bersuara (nyanyian asal Nike Ardilla)
Minggu 7 (suku akhir): Secangkir Madu Merah (nyanyian asal Amelina & Sheeda)
Minggu 8 (separuh akhir): Mengapa (nyanyian asal Nicky Astria)
Minggu 9 (akhir): Tugasan Pertama - Putus Terpaksa (nyanyian asal Ziana Zain)
Tugasan Kedua (battle vs ?) - Awak Kat Mana (nyanyian asal Taufik Batisah)

Peserta lain pon hebat-hebat: Nassir Wahab memang Otai! Farahdia pon memang hebat Vokalnya. Acong Sweetchild Dasat! Haiza juga sangat kretif. Dari segi Vokal mungkin Nana bakal berentap dengan Ezad Lazim. Penentuannya malam ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^