JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Mesti Baca: Kisah Satu Malaysia

Salam semua.. Malam ini sebelum tidur, Pingu nak membawakan anda kepada satu kisah yang baru sahaja berlaku petang tadi. Dibawah ini dilakonkan semula babak-babak sebelum peristiwa dan babak-babak perbualan antara Pingu dan jejaka berbangsa Cina terbabit..

Jam menunjukkan pukul 4.30 pm.. di Ofisku..

Pai: Boss! oi jom la aku follow ko ke rumah. Aku nak tolong ko set-up barang tu. Tengok jalan ke tidak.

Pingu: Ok. no hal. tapi sempat ke? Aku ada kelas tuisyen la pukul 5 suku ni. Macam biasalah hari Isnin kan. Huhu.. tapi kalu cepat aku rasa bolehla. Ko tolongla set up aku bersiap je.

Pai: OK set..

Petang itu, Pai, rakan rapatku di ofis ingin menunjukkan aku satu alat yang membolehkan aku akses wifii sekitar ranges 2 km (Katanya). Alat tersebut mampu mendapatkan passwords wireless yang secure. Kira alat ni seperti "tumpang guna" guna talian wifii mereka la. (sedapkan ayat sket) Big Grin

Setibanya dirumahku...

Pai: Weh ko ni lupa kunci rumah ke ternganga je aku tgok?

Pingu: Takdelah.. housemate aku ada la. Dia pergi Surau jap berjamaah. Ok ko pergi set alat tu aku nak semayang jap. Karang lambat lak aku sampai Kelas.

Pai: Ok no hal. Ko pi la sembahyang dan bersiap dahulu. Aku settlekan apa yang patut.

Lalu sampai sahaja dirumah aku menukar pakaian dan bersolat asar. Kawanku tinggal di Kulai. Dia kalau ada barang baik mesti bagitau aku dulu. Macam GPS sebelum ni pun aku beli dengan dia. Senang sikit aku nak ke mana-mana tanpa sesat.. Hehe...

Pingu: Pai amacam? ada baik ker? Kalau baik lehla aku terminate berukband aku ni.. Haha..

Pai: Alah.. Signal dapat la tapi aku peliklah tak leh nak crack passwords dia. Kebal sangat ni. Huhuuu... Erm tak sempat la aku nak settlekan. Ko pergilah kelas dulu. Malam karang ko try la set up sendiri. Ni ada manual ni.. tulisan cina. Aku pun tak faham. Tapi ko follow je gambar dia bagi tu. Baca gambar je ko leh faham.

Pingu: Orite Pai. Tq. AKu dah lambat nak ke kelas ni. Chow dulu K. Jumpa esok.

Disebabkan masa yang suntuk, aku meminta untuk beredar dari rumah sebab aku nak mengajar kelas tambahan untuk pelajar tingkatan enam. Memang aku gigih buat kelas tambahan demi nak cari lebihan kewangan untuk sara hidup aku and keluarga. Anak harapan katakan. Hehe.. Actually pusat tuisyen tu dekat jer dengan rumah sewa aku. Dalam 5 minit dah sampai naik motor. Ofis aku pun tak jauh dalam 15 minit sahaja dari rumah. Then. sampailah di pusat tuisyen.

Pingu: Hai Grijja. Sibuk main facebook? tak ulangkajikah? Minggu depan kan ada ujian fasa kedua?

Grijja: Alah cikgu saya berehat sekejap. Lepas ini ada kelas lagi. Saya tak ada mood nak belajar. Letih.

Pingu: Ok la macam tu.. Cikgu nak mengajar dahulu. Eh, mana pelajar Cikgu ni tak ada lagikah?

Grijja: Oh. Saya pun tak nampak dia. Mungkin dia belum sampai.

Pingu: Ok takpe. Dia memang selalu lambat..

Disebabkan pelajarku belum sampai, aku duduk dahulu sambil membelek-belek nota yang bakal aku sampaikan kepada beliau. Seperti biasa, aku sudah ada perancangan mengajar setiap minggu. Disebabkan minggu depan adalah ujian fasa kedua di pusat tuisyen tersebut, Pingu bercadang nak membincangkan soalan-soalan latihan. Namun, beberapa minit menunggu pelajar masih belum sampai. Pingu pun hantar la sms kepada student tersebut. Balasannya begini:

"Cikgu, aku penat. Lagipun aku ada urusan mahu dibuat. Maaf ya kita berehat ya hari ini.."

Begitulah ringkasnya sms yang dihantar. Itupun sebab aku bertanya. Kalu aku tak bertanya maka aku tak tahu yang dia tidak hadir. Aku sangatlah kecewa petang itu. Semangatku untuk mengajar merundum sedikit. Selepas itu aku meminta diri untuk beransur daripada pusat tuisyen tersebut. Walaupun aku dibayar gaji ketika pelajar ponteng tetapi aku tidak suka keadaan ini. Ye lah kita dah dibayar gaji maka kita perlu bekerja. Lagipun ibu bapa banyak menghabiskan duit untuk anak-anak mereka demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan besar kelak. Namun begitu, aku juga kecewa dengan sikap pelajar yang sambil lewa, tak mengambil berat dan suka ponteng kelas. Aku lebih kecewa jika pelajar melayu yang melakukannya. Sungguh tidak sedar diuntung! Mana tidaknya, zaman Pingu dahulu Pingu tidak pergi tuisyen kerana ibu bapa tak mampu nak hantar. Bayar yuran kelas tambahan? jauh sekali. Namun bila pelajar-pelajar ini sudah diberi peluang oleh ibu bapa mereka, inilah balasannya..

Tiba-tiba perut terasa lapar. Aku singgah sebentar di Bistro disebelah pusat tuisyen itu. Lama aku tak makan disitu. Maklumlah harganya mahal walaupun masakannya ala kadar sahaja. Disebabkan aku lapar, aku tak peduli itu semua. Huhuu.. Tiba-tiba aku teringat akan keretaku yang aku hantar di bengkel minggu lalu. SUdah semingu berlalu apa khabar kereta kesayanganku itu? Rindu rasanya..

Lepas sahaja aku siap makan, aku terus sahaja aku singgah di bengkel kereta tersebut yang tak jauh dari tempat itu. Lega sebab kedai itu belum tutup lagi. Jam menunjukkan sudah hampir pukul enam setengah.

Ah Sui: Wa.. Lu datang juga? lama tatak nampak? Lu bikin apa? banyak kerija ka?

Pingu: biasalah. Orang kerja.. Haha.. macam ni la nak sara hidup.

Ah Sui: Lu kerija mana ha?

Pingu: Biasalah dekat UTM. Mengapa bos?

Ah Sui: Wah! Lu manyak untung lo. Dapat kerija kelajaan. SEnang hidup. Dapat pencen lagi. Tak payah susah-susah buat kelija berat macam wa ni. Kotor. Penat semua ada.

Pingu: Ala bos. Wa kerja biasa je. Pencacai. Haha.. Lu ada kemahiran ini lu proceed je la. Wa nampak lu bikin kereta cantik wo.. Wa rasa tak sia-sia kawan wa syorkan tempat ni dekat gua. Kereta kawan wa lu bikin perfect. Wa rasa macam nampak kereta itu tak pernah excident. sikit calar / kemek pun tak ada. Bagus la kerja Lu.

Ah Sui: Ala.. sikit ja ma. Kita pelanggan kena jaga maa.. Lu Kelija kerajaan untung. Sebab lu Melayu peluang banyak. Kami Cina banyak kena usaha sendiri.

Pingu: Ala bos I tengok cina ramai kaya maa.. Mana ada nak kerja kerajaan? Tak main la. Orang macam wa je kerja kerajan.

Ah Sui: Hiuu,, wa manyak envy sama lu.Orang Melayu sangat beruntung kerajaan banyak tolong maa. Tengok masa lu orang mau belajar sahaja. Banyak peluang. Kami orang Cina susah woo. Kami usaha keras untuk berebut tempat yang sedikit di Universiti dan juga kolej.

Pingu: Tapi wa tgok Bos, pelajar Cina hebat betul di Universiti. Pelajar Melayu susah mau bersaing ma..

Ah Sui: Memang pelajar Cina yang masuk Universiti hebat. Itu yang masuk memang yang Gred A maa.. Itu budak cina susah mau dapat tempat. Matriks semua kuota bukan Melayu sangat sedikit. Jadi kami kena bersaing dengan sengit bukan sahaja dengan pelajar Melayu, tetapi juga sesama pelajar Cina dan India. Susah ma.. Lu kerajaan juga manyak tolong. Pasal lu cakap budak Cina banyak bagus itu sebab memang yang masuk sana wa boleh cakap semua gred A. Orang Melayu yang masuk U sebahagiannya sahaja Gred A. Kebanyakkannya Gred B. Memang tak boleh lawan Cina.

[ pingu ] Aku tergamam seketika. Benar apa yang dikatakan oleh Ah Sui tu. Pelajar bukan bumiputera seperti Cina dan India diberi Kuota yang sangat kecil di Matrikulasi yang sebelum ini hanya diberikan kepada Bumiputera sahaja. Program yang merupakan batu loncatan untuk pelajar Bumiputera ke Ijazah pertama itu dilihat satu program yang bagus sehingga pelajar bukan bumi putera juga berebut ingin mendapatkan tempat walaupun sedikit sahaja. Benar, mereka perlu berusaha sangat keras untuk bersaing sesama bangsa, bukan sahaja dengan bangsa Melayu / Bumiputera kerana mereka ada Kuota yang banyak. Maka yang masuk Matriks ni ramai juga yang keputusan ala-ala je.. sedang-sedang orang kata.

Ah Sui: Lu orang Melayu bukan tak pandai. Ramai yang lagi pandai wa cakap. Gred A++. Tapi banyak yang kerajaan sudah simpan awal-awal. Waa ada anak kawan wa melayu umur 16 Tahun sudah masuk itu program persiapan belajar di Oversea. Itu budak banyak pandai. Kerajan bagi biasiswa untuk mereka. Pelajar Cina tidak ada peluang ini. Kamu beruntung.

AKu tergamam lagi. Benar. Ramai pelajar-pelajar cemerlang SPM telah diberi biasiswa JPA dan sebagainya oleh kerajaan untuk buat Ijazah pertama di luar negara. AKu ada kawan yang seperti itu. Kerajaan memang mahu membantu anak bumiputera untuk cemerlang. Akan tetapi, aku juga terkedu selepas Ah Sui menyambung ceritanya..

Ah Sui: Satu wa nak cakap. Ramai itu budak Melayu yang pandai-pandai tak mahu balik Malaysia. Kerja di luar negara. Tak payah jauh, sini Singapore juga sudah ramai. Singapore bijak. Kerajaan Malaysia beri pendidikan dari tadika, sekolah menengah dan sebagainya sehingga ke peringkat ijazah. Banyak duit dihabeskan tetapi dengan sedikit "tips" dan imbuhan kerajaan sana bagi, dalam masa beberapa tahun sahaja mereka berjaya "Menyimpan" pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang sampai mereka pencen. Kerajaan kita rugi loo! Bukan sahaja Cina, Melayu, India pun ramai sudah berkhidmat di Singapore. gaji besar. Tapi mereka berkhidmat untuk negara orang. Sedangkan yang bagi pendidikan kerajaan Malaysia. Lu pikir la. Wa manyak benci dengan itu orang singapore. Banyak sombong. Lu tengok la kalu datang Malaysia macamana. Diorang Cina pun wa tak suka. Wa Cina tapi wa Rakyat Malaysia. Wa sayang negara wa.. Singapore sudah maju beberapa tahun dihadapan Malaysia. Mana nak kejar? Itu yang membangunkan Singapore juga banyak anak Malaysia. Haiyaa.. Itu Lee Kuan Yew banyak licik maa..

Lu pikir kami orang cina. Tapi kami rakyat malaysia. Kami sayang negara Malaysia lebih dari segalanya. Inilah negara kami lahir. Dimana lagi kami mahu mencintai kalau bukan negara sendili woo. Ingat. Waa bukan orang negara Cina. Wa tatak pernah pergi sana. Macam mana waa mau sayang Negara Cina? Woo xboleh woo.. Wa sayang Malaysia lebih dari segalanya.

Lagi, itu kerajaan bagi itu slogan satu Malaysia. Walaweh dari lama lagi memang sudah satu Malaysia. Kita Cina Melayu India semua memang tak ada beza kalu hidup satu tempat. Kita tolong menolong, hormat sama satu sama lain. Wa hormat orang melayu. Sangat hormat. Wa pun tau ramai Melayu baik sama Cina. India juga kita hidup bersama. Kita kawan. Kita memang sudah satu Malaysia dari dulu. Tapi di peringkat atas wa tak nampak lagi satu Malaysia. Kami rakyat Cina masih lagi susah woo.. Kalau diberi pilihan waa mau lahir jadi anak Melayu woo.. Lu sangat beruntung. Rakyat non Bumi kena kerja keras. Tapi wa tengok ramai orang melayu yang tak begitu betul-betui buat kerja. Waa tak pafam.

[ Pingu ] AKu mengiyakan apa yang dikatakan. Memang benar. Selama ini aku ingat hanya orang Melayu sahaja yang betul-betul sayang Negara Malaysia. AKu betul-betul tidak pernah terfikir perkara ini. Orang Cina juga lahir di Malaysia, generasi baru. Hanya berbeza dari segi bangsa tapi sudah tentu kita mempunyai rasa yang sama, iaitu mencintai tanah air kita sendiri. tak kan nak mencintai negara lain, walaupun sebahagian rakyat sebangsa dengan kita tinggal disana? tak mungkin!

Aku juga sedar, tugasku sebagai warga pendidik. Aku memang adil dikalangan pelajar-pelajarku semasa melakukuan sistem penilaian. Ujian, Tugasan, Peperiksaan aku nilai dengan adil. Memang aku sedar perkara ini dan aku sebenarnya sangat sedih untuk mengakuinya. Benar, Pelajar Cina / India mereka benar-benar berusaha keras. Semua tugasan dibuat dengan sebaik mungkin. Nampak effort yang besar telah dicurahkan. Berbeza dengan pelajar Melayu yang hanya membuat tugasan sekadar melepas batuk di tangga. Itu belum peperiksaan lagi yang jawab seperti tidak membuat persediaan. Berbeza dengan pelajar Cina rata-rata mereka melihatkan akan kesediaan mereka sebelum menghadapi peperiksaan. Mereka penuh semangat dan menjawab dengan cemerlang. Maka, kita tak boleh nak salahkan pelajar Cina kalau mereka sahaja yang ramai menggenggam anugerah dekan setiap semesta kerana mereka insan yang berusaha. Sedarlah wahai anak bangsaku yang berbangsa Melayu. Ayuh buka mindamu.. Kamu sudah terlalu banyak dimanjakan. sehingga naik lemak! Kamu harus bangkit berusaha bersungguh-sungguh demi membalas jasa semua pihak yang telah berjasa kepadamu..

.. Aku mengelamun sebentar. Kemudian disebabkan hari sudah senja, aku memohon untuk meminta diri. Aku berharap agar keretaku siap dengan sempurna. Tak sabar rasanya nak naik kereta "baru" haha.. Aku juga seronok berbual dengan Ah Sui tadi. Dia memang ikhlas. AKu nampak keikhlasan dia dr kaca mata dan riak wajahnya. Dan aku sedar, Warga Cina, mereka juga manusia yang punya hati dan perasaan. Kita sepatutnya hidup bersama dalam keadaan harmoni. Dan elakkanlah membangkitkan isu-isu sensitif yang tak sepatutnya yang boleh menimbulkan pergaduhan dan ketegangan. Sekian sahaja..

PINGU: Nama watak dalam dialog ini adalah rekaan semata-mata. Dan dialog ini dikarang berdasarkan ingatakan Pingu terhadap perbualan yang berlangsung. Mungkin perbualan sebenarnya lebih panjang dan terperinci.

1 ulasan:

  1. hayatilah.. renungilah.. aku insan yang kagum dengan penerangan seorang Cina tersebut..

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^