JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Amaran Serangan cyber lSRAEL dan cara mengatasinya

Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Angkatan Tentera Malaysia memaklumkan kemungkinan berlaku serangan siber Israel terhadap sistem dalam talian Malaysia.

Selaras dengan cadangan keselamatan CDOC, Jabatan Perkhidmatan Digital(UTMDigital) menggesa semua staf mempraktikkan 7 langkah keselamatan tambahan mengenai kesedaran keselamatan siber bagi membendung serangan ini.


7 langkah keselamatan tambahan bagi kesedaran keselamatan siber:

1.      Berwaspada dengan spear phishing email atau mesej yang mengandungi URL dengan/tanpa lampiran fail dari pihak yang tidak diketahui;

2.      Memastikan semua sistem pengoperasian sentiasa dikemaskini dengan security patches yang terkini;

3.      Memastikan perisian anti-virus dikemaskini dengan fail virus pattern yang terkini;

4.      Elakkan melayari laman web atau menekan pautan yang mencurigakan dari sumber yang diragui, yang mungkin mengakibatkan serangan keselamatan, jangkitan virus komputer atau kecurian maklumat identiti atau akaun;

5.      Elakkan memuat turun archive/pdf file yang dihantar melalui emel, Facebook atau WhatsApp  sekiranya fail tersebut dihantar oleh pihak yang tidak dikenali;

6.      Pastikan kata laluan yang digunakan adalah kukuh dan selamat. Tukar kata laluan dengan kadar segera jika perlu;

7.      Putuskan sambungan komputer dari Internet jika komputer tidak digunakan (idle).


Nota:

Spear phishing emails:

Cara berfungsi: Emel diterima seolah-olah dari sumber yang boleh dipercayai, tetapi sebaliknya membawa penerima ke laman web palsu yang penuh dengan malware.

Keterangan lanjut berkaitan dengan keselamatan siber boleh diperolehi di https://www.nacsa.gov.my/doc/10LangkahMudah-v8.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^