Kalau kita selam kronologi kes Covid-19 di Malaysia sejak pertama kali kes direkodkan, kita akan lihat trend bagaimana virus ini berkembang. Ada satu tahap kita telah panik apabila kes harian menjangkau puluhan angka dan naik ke ratusan. Kerajaan terus mengumumkan Lock Down yang ketat.
Sekitar bulan julai-ogos 2020, kita dapat lihat pada satu tahap kita sudah hampir menang melawan Virus ini. Negara kita antara yang dipuji di seluruh dunia kerana kehebatan kita mengekang penularan wabak ini disaat negara jiran kita sedang bergelut dengan penularan wabak ini pada satu angka tinggi.
Namun, kita leka dan mula mengabaikan SOP. Sehinggalah kes naik dengan drastik terutamanya selepas pilihan raya kecil negeri Sabah. Saya yakin rakyat Malaysia tidak dapat memaafkan individu yang menjadi punca wabak ini meningkat semula sehingga ke tahap sangat kritikal.
KINI, kita kembali dengan PKP 3.0. Disaat kes meningkat tinggi ke 3000 ke hampir 5000 kes sehari. Namun, sebahagian kita sudah malas untuk memperdulikan SOP. Jika beginilah sikap kita, wabak ini tidak akan dapat dibendung. Adakah kita ingin menjadi seperti negara India yang mana kes sehari menjangkau ratusan ribu dan kematian harian juga beribu?
Saya merayu supaya kita semua mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tolonglah ambil peduli. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.
Dulu kita dibahagiakn kepada zon merah, zon kuning, zon hijau. Akan tetapi sekarang ini hampir keseluruhan pelusuk negara kita telah meningkat ke zon merah. Anda masih tidak peduli? Jangan sampai diri kita, sanak saudara kita terkena. Nanti kita akan menyesal tak sudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^