JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Netizen Gembira - Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Dilucutkan jawatan Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd

Nama Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman viral selepas beliau mengadakan sidang media selepas kemalangan melibatkan 2 buah LRT di KLCC. 

Yang tak sedapnya apabila beliau telah mengendalikan sidang media tersebut secara tidak profesional. Dikala rakyat sedang bersedih, marah dan segala macam perasaan dengan isu kemalangan tersebut, beliau dilihat ada sedikit bergurau dalam sesi tersebut. Akibatnya, rakyat berang dan membidas sesi tersebut.

Tidak lama selepas sidang media tersebut, keluar info bahawa perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd telah ditamatkan. Mungkin, ini adalah berita gembira buat rakyat yang sedang marah.

Apa-apapun, kita doakan semua mangsa yang mengalami kemalangan selamat dan pulih seperti sedia kala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^