Alaahh... Pasal laksa pun satu negara nak berbalah. Tu sebabnya kita kalau nak komen apa-apa tu fikir dahulu. Kita berhak untuk mempunyai pendirian sendiri tentang sesuatu perkara namun itu tidak bermaksud kita mempunyai lesen untuk menghina orang atau komuniti lain.
Kecoh dengan komen seorang Makcik Bawang tentang Laksa Johor yang dikatakan wajib menggunakan ikan "kayangan" dan mencela laksa negeri lain yang dikatakan menggunakan ikan murah.
Sebagai orang Johor aku malu dengan komen bersifat dungu dan kebudak-budakan macam ini. Bikin gaduh, bikin malu diri sendiri dan komuniti yang kamu wakili dan kamu hina.
Tengok Brother ni Rileks je share masak laksa utara penuh sekawah. Personally, aku orang johor tapi aku lebih suka makan laksa Utara sebab kena dengan tekak aku. Bukan laksa lain tak sedap tapi bergantung kepada kepakaran tukang masak masing-masing.
Semua jenis laksa aku dah pernah makan dan ada laksa yang sedap ada yang tak sedap bukanlah salah laksa negeri mana tapi tukang masak tu yang punya skill. Jadi, rileks2 sudah ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^