Rakyat Malaysia, Para selibriti ramai yang mengemaskini laman sosial masing-masing dan memberi ucapan takziah buat Arwah Siti Sarah Raisuddin. Pemergiannya cukup dirasai dan mendapat liputan cukup meluas. Bagaikan mimpi bahawa Sarah sudah tiada, sedangkan tidak sampai seminggu lepas beliau masih aktif mengemaskini laman instagram beliau dengan aktiviti memasak. Celoteh beliau sangat mencuit hati sesiapa yang menonton.
Terbaru, Dato Seri Siti Nurhaliza perlu membuat rakaman untuk konsert Korporat secara Virtual. Lagu yang diminta adalah "Aku Bidadari Syurgamu" yang diketahui mengisahkan cerita sangat sedih pemergian insan yang tersayang. Atas sebab semangat setiakawan dan Dato Seri Siti telah menganggap Sarah seperti adiknya, beliau tidak dapat menahan sebak ketika menyanyikan lagu tersebut dan gagal meneruskan nyanyian lagu tersebut kerana terlalu sedih. Beliau meminta menukar ke lagu lain.
Begitu besarnya kesan kehilangan Arwah buat penggiat seni dan para peminat yang tidak putus-putus mendoakannya dan ramai yang menangis kehilangannya. Semoga kita mengambil iktibar dengan bahaya Covid19 dan mencontohi akhlak dan kebaikan Siti Sarah dalam hidupnya yang banyak bersedekah dan membantu orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^