Isu Dr Muhaya ni, sebenarnya bukanlah isu mesej yang nak disampaikan, sebaliknya ia menjadi polemik sebab salah faham terhadap laras bahasa yang digunakan. Bahasa Melayu ni ada banyak level, dari bahasa istana sampailah bahasa pasar. Bahasa yang Dr Muhaya guna ni bahasa Melayu marhaen, yang mungkin dia rasa sesuai dengan penerimaan audience dia, cuma ramai yang triggered sebab tak faham laras bahasa yang digunakan.
Perkataan 'bodoh' ni boleh digunakan dalam pelbagai cara yang tidak membawa maksud 'bodoh' secara absolute. Tapi tergantung pada bagaimana ia dipadankan. Tak semua ada dalam kamus Dewan Bahasa. Sebaliknya bergantung pada keadaan dan pemahaman seseorang. Contoh :
'Bodoh' (sebagai perkataan tunggal)
Maksud : Bangang, bingai, bebal
Contoh : "Bodoh la kau ni, tu pun tak tau!"
'Buat bodoh'
Maksud : Buat tak tahu, buat dek
Contoh : "Abang ni, orang ajak gi kedai emas dia buat bodoh je!"
'Buat-buat bodoh'
Maksud : Dah tau, tapi buat-buat tak tau
Contoh : "Dah tau PKP, pergi merayap. Bila Polis tanya buat-buat bodoh macam tak tau SOP!"
'Buat bodoh-bodoh'
Maksud : Buat biasa-biasa je
Contoh : "Mak masak bodoh-bodoh je harini nak, mak tak larat".
Jadi, 'buat bodoh-bodoh' tu maksudnya, buat biasa-biasa je. Dalam bahasa omputih, 'lower your ego'. Dalam bahasa arab, 'tawadduk'.
Saya pun biasa guna perkataan bodoh-bodoh ni bila nampak seseorang yang hebat tapi gayanya biasa² je, low profile omputih kata. "Tengok brader tu, nampak bodoh-bodoh je, tapi CEO tu!" Contoh.
Sebenarnya, ramai yang tahu maksud Dr Muhaya tu. Kalau Dr Soo Winci dan Dr Amalina tak faham boleh lagi la terima. Sorang bukan Melayu, sorang lagi tak duduk dalam komuniti Melayu. Tapi kita yang faham ni, jangan 'buat-buat bodoh'. Lama-lama boleh jadi bodoh absolute.
Kita abaikan sahaja perbalahan mereka. Lama² senyaplah tu macam kes laksa Utara dgn laksa Johor.
Kredit - Dauuf Alejandro
Note: Prof Muhaya ni tau dia betul, tapi dia merendahkan ego dia dqn meminta maaf secara terbuka. Ni namanya orang betul2 berilmu dan berakhlak. Bukan sekadar pqndqi tapi angkuh macam sebilangan orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^