JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Bapa hempas bayi gara-gara tak tahan tangisan bayinya

Assalamualaikumm dan salam Sejahtera..

Ni satu kes yang aku cukup geram.. Dah banyak kali berlaku. Kes ayah yang tak reti sabar! Buat anak pandai. Bila anak menangis dia boleh hempas hempas sepak terajang anak tu? Bayi 9 bulan bang oi!!! Tak punya otak punya orang oiiii!! dulu ko kecik-kecik ko xmenangis ke?? Emak ko dlu punya sabar bela ko sampai besar rupanya ko xde akal!! Ni namanya bapa sial! Ikuti berita lanjut seperti dibawah:

Bayi perempuan sembilan bulan ditendang cedera pada muka, belakang

GEORGETOWN: Hanya disebabkan tidak tahan mendengar tangisan bayinya berusia sembilan bulan yang kelaparan susu, seorang bapa tergamak menendang dan menghempas bayi malang itu hingga menyebabkannya cedera pada muka dan belakang badan. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi kelmarin di rumah keluarga terbabit di Lebuh Macallum, di sini, bayi perempuan malang itu dikatakan ditinggalkan bersama bapanya berusia 26 tahun yang sedang tidur dalam bilik ketika ibunya pergi ke dapur untuk membancuh susu. Disebabkan lapar, bayi itu kemudian menangis dan ia mengejutkan bapanya daripada tidur, sebelum lelaki itu bangun dan terus menengking serta memarahi anaknya.

Menurut sumber, apabila bayi berkenaan terus menangis, bapa yang tidak bertindak seperti hilang akal itu kemudian menendang dan menghempas bayi terbabit ke tilam.

“Ketika itu isterinya cuba masuk campur untuk mententeramkan keadaan, namun dia turut ditendang suaminya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, keadaan hanya reda selepas ibu lelaki terbabit yang turut berada di rumah berkenaan mengambil cucunya itu dan membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Bayi berkenaan mengalami lebam di muka serta calar di belakang badan, dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ibu bayi kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripadanya. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim mengesahkan kes itu dan ia disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi itu tidak mengalami kesan kecederaan serius dan bapanya bertindak sedemikian kerana tidak tahan mendengar tangisan yang mengganggu tidurnya.

“Setakat ini tidak tangkapan dibuat kerana lelaki terbabit tiada di rumah dan kita masih mengesannya bagi membantu siasatan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^