JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

ERM: Esok Gerhana Bulan Penuh (10 december 2011)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!
Dengar kata esok malam akan berlaku gerhana Bulan Penuh di Malaysia. Mr.PiNGu rasa macam baru sekejap je melihat gerhana bulan. Dalam 3-4 bulan lepas rasanya. Sepanjang hidup Mr.PiNGu ni pun dah banyak kali berpeluang melihat gerhana matahari dan bulan. Mengapalah kerap sangat berlaku kejadian gerhana ini.

Saya teringat akan satu pernyataan tu bahawa pada akhir zaman kelak akan berlaku banyak kejadian gerhana. Kerapkali berlaku gerhana, tsunami atau gempa bumi menunjukkan tanda-tanda yang dunia kita ini telah tua. Bumi mungkin akan sampai ke penghujungnya tak lama lagi.

Bagi yang rajin nak melihat gerhana bulan, bolehla mula melihat esok sekitar pukul 7.34 pm -1.30 am. Fasa penuh mungkin berlaku sekitar pukul 10 pm ++. Kalau nak tahu info lebih lanjut bacalah kat bawah ni:
  Bernama
Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari pukul 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad. Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara Redzuan Tahar berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.

"Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca," katanya ketika dihubungi Bernama.

Redzuan berkata orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, 'Lunar Malaysia Eclipse'.

Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari lamanweb www.angkasa.gov.my/planetarium.

2 ulasan:

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^