Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!
"Mahasiswa turunkan bendera, pemuda umno ancam tampar dan ludah". Itu merupakan satu lagi isu yang cukup panas baru-baru ini ekoran tindakan seorang mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib selama 5 minit sebelum menaikkan semula sebagai protes. Tindakan beliau memang berani. Namun, adakah ia memberi satu implikasi yang baik kepada negara kita?
Saya tidak menafikan politik memang sudah menjadi darah daging kita. Dalam Islam sendiri, politik sudah menjadi salah satu daripada elemen penting dalam Dunia Islam dimana Rasullah S.A.W merupakan contoh ahli politik terbaik sepanjang zaman yang perlu dijadikan ikutan semua khususnya Negara Islam. Namun begitu sebagai seorang mahasiswa, perlukah anda memperjudikan masa depan anda semata-mata hal politik seperti ini?
Saya tidak menyalahkan mahasiswa jika mereka mengambil tahu akan hal politik kerana mengambil tahu hal politik itu bagi saya sesuatu yang cukup penting. Namun begitu, untuk bergerak aktif di dalam politik bagi saya lebih afdal dilakukan selepas tamat pengajian. Sebagai seorang mahasiswa, anda mesti ingat bahawa PELAJARAN merupakan perkara paling penting yang perlu diambil perhatian. melakukan hal seperti menurunkan bendera perdana menteri merupakan tindakan yang mungkin membawa padah kepada diri sendiri. Saya rasa mungkin beliau akan dikenakan amaran ataupun tindakan tata tertib oleh pihak universiti atau lebih malang lagi diancam oleh pihak-pihak yang pro-kerajaan. Saya juga pernah menjadi mahasiswa dan saya juga mengambil tahu pasal politik. Namun, tidak pernah terdetik untuk melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri.
Walaubagaimanapun anda tidak berpuashati dengan kerajaan dan perdana menteri khususnya, setidak-tidaknya guna saluran yang lebih selamat dan betul. Saya tidak ada cadangan dan itu anda perlu fikirkan sendiri. Tindakan yang beliau lakukan telah menggamatkan negara seketika. Mana tidaknya, saya lihat disana sini orang duk berkelahi tentang hal ini. Yang pro-kerajaan berkata sekian manakala yang pro-pembangkang sekian. Silap-silap kawan boleh jadi lawan kerana hal politik ini.
Pada awalnya saya mendapat info ini juga daripada laman facebook dimana seorang rakan telah mengirimkan video daripada youtube berhubung ketidakpuashatian pemuda umno akan tindakan "biadap" mahasiswa terbabit. Saya lihat pun gerun. Mana tidaknya, bahasa yang digunakan cukup tak elok siap mahu tampar dan ludah. saya mengerti akan marahnya pemuda umno tersebut akan tetapi dari satu sisi saya kurang bersetuju dengan ucapan yang dilihat kurang bijak menggunakan bahasa yang agak kasar. saya harap keadaan ini akan kembali reda. Saya tak sanggup melihat kawan-kawan saya bergaduh semata-mata hal ini. Dah dapat lihat pun hari ini.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^