salam..
Actually, nak diluahkan mati emak, dan disimpan mati bapak. Itulah yang terjadi pada aku apabila mendapat berita dari email ofis aku berhubung kes Ramly burger. Dek kerana aku ni suka Ramly Burger dan berita tersebut sangat lah memeranjatkan aku so aku bertindak untuk membincangkan perkara ini dalam blogku..
Ramly Burger ada DNA babi?? Itu yang dikhabarkan kepada aku. Disertakan lagi dengan lampiran surat-surat daripada pihak berwajib dari negeri Kedah.. Aku kelu.. Oh Tuhan banyaknya Burger Ramly dah masuk ke dalam perut aku. Memang rasa marah gak. AKu bertindak menulis pasal ini pagi tadi.
Kemudian, sebentar tadi aku mendapat maklum balas daripada pihak Ramly Burger. pantas tindakannya memberi penjelasan. Dikhabarkan ini adalah Fitnah! Fitnah yang sangat besar untuk menjatuhkan perniagaan orang melayu. Aduh! now aku bersalah kerana menjadi salah seorang penyebar fitnah.. Geram berganda.. Persoalannya siapakah yang membuat Fitnah ini? Orang melayu sendirikah? atau bangsa lain. Wallahualam..
Disini aku Quote semula apa ynag ditulis oleh pihak Ramly Burger:
Perkara di atas adalah dirujuk.
Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pengilangan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh JAKIM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain jabatan yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal.
Kami telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menabur fitnah ini. Oleh kerana perkara ini dalam siasatan polis dan tindakan undang-undang oleh peguam, maka kami tidak boleh memberi komen atau keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Siti Hayu Binti Dato’ Haji Ramly
Pengurus Kanan
Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd
thats why,bl sy dpt email dr kwn2 tentang produk x halal ni,sy kurg percaya,kn siasat n hubungi pihak jakim,itu yg sebaiknya..selalu yer produk org melayu byk kn fitnah...kasihan kan
BalasPadamtu la.. betul tu.. tapi adakah yang fitnah bangsa melayu sendiri yang dengki atau bangsa lain.. itu kita tak tahu.. tapi saya kuat merasakan orang melayu sendiri yang buat fitnah.. tak senang dengan kejayaan bangsa sendiri
BalasPadam