Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Thanks for visiting my iGLoO
Separuh akhir muzik-muzik 2011 telahpun melabuhkan tirainya. Semua lagu yang layak telah diketahui. ada yang setuju ada yang tidak. namun, keputusan juri professional adalah muktamat. Antara banyak-banyak lagu tu, ada satu lagu yang cukup ramai "gerun" jika lagu tersebut memenangi anugerah juara lagu. lagu yang saya maksudkan ialah "Cinta Muka Buku" nyanyian artis kecil molek yang pandai main gitar, Najwa Latif.
Saya baca portal gosip dan satu laman web terkenal. Ramai betul yang bersembang tentang kejayaan lagu ini menempah tiket ke Final AJL 26. Tak kisahla sebab lagu beliau pun tak kurang sedapnya. Akan tetapi ramai yang mempersoalkan tentang "layaknya" lagu tersebut bertanding di peringkat Final. Yang menjadi mangsa serangan ialah najwa Latif sendiri.
saya tidak faham mengapa najwa Latif yang dipersalahkan, dicaci, dimaki sedangkan beliau hanyalah seorang peserta yang bertanding. Layak atau tidak ia adalah ketetapan juri. Jika anda nak marah, sila marah juri yang memilih lagu ini untuk ke Final AJL bukannya marah najwa. Najwa tak bersalah pun. Salahkah beliau bertanding? Saya yakin dengan kewibawaan barisan juri yang memang professional dan berjaya dalam industri seni. Hazami, Azlan Abu Hassan contohnya pernah memenangi Anugerah juara Lagu dengan ciptaan lagu masing-masing.
Tentang lagu Cinta Muka Buku yang dikatakan terlalu keanak-anakan, melodi tiada unsur yang baik dan juga lirik yang tak menjana minda, saya tidak lihat ia sesuatu yang menjadi terlalu masalah. lagu ini berunsur cerita yang sebenarnya menjadi realiti sebahagian muda-mudi masa kini. Berkenalan daripada laman facebook kemudian menjalin ikatan percintaan akhirnya membawa ke alam realiti. Sebab saya memang pernah jumpa kawan yang ceritanya lebih kurang sama dengan lagu ini.
Lirik lagu ini pun bukan najwa yang tulis tetapi kakak beliau tapi najwa latif pula yang disalahkan. Pelik-pelik. Kasihan juga budak ini. Rata-rata peminat muzik tak mahu Lagu Najwa latif ini menang Anugerah Juara lagu 26. Mungkin ada yang akan pitam nanti. Menang atau kalah itu akan ditentukan oleh juri professional kita sebagai pemerhati muzik hanya mampu melihat sahaja perkembangannya.
Kepada pembenci-pembenci najwa Latif tu hentikanlah sahaja. janganlah extreme sangat. Kita layan sahaja lagu beliau. Not bad apa. Lagu ini saya boleh katakan lagu fenomena. Tengok sahaja di youtube bilangan view sahaja dah lebih dua juta. Bukan calang-calang lagu boleh dapat view sebanyak ini kalau kita bincang tentang lagu berbahasa Melayu.
Kalau lagu ni teruk sangat, saya tak rasa ada orang yang sudi menyanyikan lagu ini. namun hakikatnya adalah sebaliknya. Ramai betul orang yang bersiul-siul lagu cinta muka buku bukan sahaja budak-budak malahan abang abang kakak kakak dan juga pakcik makcik. Hahaha kelakar kan.
Ok sampai disini sahaja celoteh saya untuk kali ini. Sekian
bunoooooooooooooooooooohh kakjah..
BalasPadamsila jgn keluar topi ya Puan Anony! haaaakkk
BalasPadam