Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!
Biasa kan kita dengar ungkapan ini, "bahasa Jiwa Bangsa" Sebenarnya ungkapan ini memberikan maksud yang cukup meluas. Salah satu maksud ungkapan ini ialah menggunakan bahasa ibunda masing-masing dengan tutur yang baik untuk menunjukkan identiti bangsa masing-masing.
Namun salah satu lagi elemen bahasa jiwa bangsa yang ingin saya kupas ialah berkenaan penggunaan bahasa yang lembut dan sopan. Sekarang ini sedang panas isu "Perang" antara dua selibriti terkenal iaitu Adlin Aman Ramlee dan Chef Wan. Puncanya anda sendiri sedia maklum dalam program Maharaja Lawak Mega.
Menjemput mereka yang bukan dalam bidang "Lawak" memberi komen tentang lawak bagi pendapat saya bukanlah menjadi satu masalah. Adakah semestinya orang yang pandai melawak layak memberi komen? Saya rasa Adlin Aman Ramli perlu sedar bahawa persembahan lawak adalah untuk sajian segenap lapisan masyarakat. Jika persembahan anda tak lawak, masyarakat yang menonton tidak akan terhibur. Tak kisah la yang menonton tu pandai melawak atau tidak yang pasti mereka secara seimbang menikmati persembahan lawak anda. Kalau anda kata Chef Wan tak layak jadi juri hanya kerana dia bukan pelawak saya rasa anda juga sepatutnya tak layak jadi juri AF kerana anda pun bukannya sedap sangat menyanyi. Saya harap Adlin lebih bersikap terbuka.
Namun, bukanla nak memenangkan Chef Wan kerana saya berpendapat komen beliau agak over juga. Seharusnya Chef Wan menggunakan gaya bahasa yang lebih cantik untuk memberi kritikan. Lihatlah Datuk Siti Nurhaliza. Beliau bijak menyusun patah-patah perkataan dalam mengkritik justeru mereka yang mendengar tidaklah berasa sakit hati. Disinilah saya nak tekankan BAHASA JIWA BANGSA. Orang berbudi kita berbahasa. Bahasa menunjukkan peribadi seseorang. Jika bahsa digunakan elok Insya-Allah perilakunya juga elok.
Saya juga menasihati diri saya sendiri agar sentiasa beringat akan hal ini. Kadang-kadang kalau tengah marah macam macam perkataan tak elok juga keluar daripada mulut saya ini. huhu..
Sekian sahaja untuk kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^