Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!
Sebenarnya masih ada banyak perdebatan mengenai skim saraan baru perkhidmatan awam ni, atau glemernya dipanggil SBPA. Melalui emel ofis saya pun mereka saling berbincang tentang SBPA ni. Saya sebagai staf kerajaan yang agak baru ni hanya mampu mendengar sahaja. Now, CEUPAS yang sebelum ini menemui banyak keraguan tentang skim baru ini menyeru semua kakitangan awam menangguhkan dulu untuk menandatangani perjanjian skim baru tersebut. Namun, ada yang mempersoalkan tentang hal penangguhkan ini kerana mereka diberi 2 minggu sahaja untuk memutuskan bahawa nak tukar ke skim baru atau kekal dengan sistem SSM yang lama.
Now saya baru terbaca tentang persetujuan Perdana Menteri kita untuk menangguhkan dahulu perlaksanaan SBPA ini. jom baca berita dibawah:
Berita:
PERDANA MENTERI SETUJU TANGGUH SBPA - OMAR OSMAN
Utusan Malaysia
22/12/2011 12:53pm
PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^