Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!
Korang pernah menjadi penjamin? Mungkin ada yang pernah mungkin ada yang tidak. Mencari penjamin untuk anda? Kebanyakannya memang dah bukan? Contohnya, jika anda ingin belajar di mana-mana institusi pengajian tinggi dan mendapatkan biasiswa atau pinjaman pendidikan, anda wajib mencari penjamin untuk anda. Dulu masa belajar mungkin anda rasa ia hanyalah sekadar melengkapkan syarat mengisi borang sahaja namun hakikatnya lebih daripada itu.
Menjadi penjamin bermaksud anda merelakan diri anda untuk membayar ganti rugi kepada pihak yang memberi sesuatu kepada pihak yang dijamin terutamanya dalam bentuk kewangan. Penjamin dikehendaki membayar sejumlah ganti rugi jika pihak yang dijamin gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di dalam borang perjanjian.
Sebelum ini, kita disajikan dengan kisah ibu-bapa kepada pelajar yang berkahwin dengan gay dan menghilangkan diri daripada pengajiannya yang disaman oleh petronas yang menajanya. Hal ini kerana ibu bapanya telah menjadi penjamin kepada biasiswa pengajian anaknya. Bukan sedikit ganti rugi yang perlu dibayar malah menjangkau ratusan ribu ringgit. See? Berisiko kan?
Kemudian, kita disajikan dengan berita pelakon terkenal, Fizo Omar yang diburu pihak bank kerana dia dikatakan menjadi penaja kepada pinjaman sebuah syarikat yang pernah diterajuinya. Bukan sedikit jumlah yang berlu beliau bayar kerana ganti rugi melibatkan wang jutaan ringgit!
Saya juga pernah menjadi penjamin kepada adik saya yang membuat pinjaman pembelian kereta. Dan seringkali saya mengingatkan beliau agar berhati2 semasa memandu dan bekerja dengan baik agar tak kene pecat (nanti kena pecat sapa nak bayar? I pulak kene karang). Itu la sedikit sebanyak tentang PENJAMIN
saya tak pernah jadi penjamin,kecuali jadi penjamin suami itupun beli rumah untuk kita orang jugak
BalasPadamct N honey: Owah.. kalu camtu xpe.. untuk kegunaan bersama juga~
BalasPadam