JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

AJL 26 Separuh Akhir Minggu ketiga (Muzik Muzik 2011)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sari info dari iGLoO Mr.PiNGu


Ok. 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 2011 yang akan dilangsungkan pada 29 Januari 2012 dah pun kita ketahui. Tapi kali ini nak buat ulasan tentang persembahan hari ini. Ada 8 lagu yang telah bertanding dan pada saya 8 lagu yang terakhir ini memang hebat-hebat dan persaingan cukup sengit. Berikut merupakan ulasan peribadi saya.

1) Kalau berpacaran - Ana Rafali, Suhaimi Meor Hasan, Altimet
* Personally saya memang minat lagu ni. Rentak dia catchy dan menghiburkan. lagu ini juga dah menjadi fenomena bagi peminat muzik tanah air kita. Lirik berunsur nasihat disamping gabungan 3 bakat yang berbeza latar belakang nyanyian (Artis baru, penyanyi rap dan penyanyi lama). 
* Kombinasi mereka menarik. Vokal pun baik. Just Ana Rafali ada buat ala-ala manja sikit and nampak sedikit Over masa nyanyi tadi. tapi tak mengapa overall OK. Lagipun Ana Rafali dah menang tahun lepas. Kita lihat pula tahun ini.
* Dari segi komposisi lagu, lagu ini memang berbeza dan ada peluang untuk mendapat sesuatu. walaubagaimanapun terpulang pada Juri yang menilai semasa Final nanti.
* Lagu ini layak Ke Final AJL 26 (seperti yang saya ramalkan)

2) Penakut - Yuna
* Ini juga merupakan sebuah lagu kegemaran saya. Cukup simple tetapi menyentuh perasaan. Ketika persembahan tadi, Alunan Vokal Yuna hanya disertakan dengan alunan tunggal daripada piano. Kemudian barulah diiringi oleh muzik lain. Walaupun hanya separuh akhir, Yuna nampaknya telah mengubah sedikit komposisi lagu ini. Ada part yang meleret-leret dan dialunankan dengan Vokal Yuna tanpa lirik.
*Overall, saya suka persembahan Yuna kerana Vokalnya yang unik, sedap didengar dan emosi lagu ini berjaya disampaikan.
* Lagu ini layak ke Final AJL 26 (Seperti yang saya ramalkan)

3) Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
* Lagu ini merupakan sebuah lagu yang saya tunggu-tunggu sepanjang 3 minggu berlangsung separuh akhir Muzik Muzik 2011 ini. Saya agak kecewa dan peminat-peminat Anuar zain yang lain juga cukup kecewa kerana beliau enggan menyertai Anugerah Juara Lagu seperti sebelum ini. Namun kita hormati pendiriannya yang mungkin mahu menjaga exclusiviti beliau.
* Saya agak gusar dengan artis yang bakal menggantikan beliau. Sebelum ini sudah kedengaran bahawa jaclyn Victor atau Nora yang bakal membawakan lagu ini. Ternyata ramalan itu benar. lagu ini dibawakan oleh jaclyn Victor sebentar tadi.
* Jaclyn Victor.. Tiada sesiapa menafikan kehebatan Vokal beliau. Namun begitu, sedetik lebih memerlukan penghayatan yang baik. Anuar zain menyanyikan lagu ini dengan penuh emosi semasa persembahan beliau di FFM 2011. Lagu ini dinyanyikan oleh jaclyn Victor dengan Vokal yang cukup lantang dan bertenaga namun level penghayatan untuk lagu ini belum sampai ke tahap yang sepatutnya. Namun saya masih yakin lagu ini akan ke Final AJL 2011.
* Lagu ini layak ke Final AJL 26 (Seperti yang dijangka)

4) Cinta matiku - Six Sense
* Lagu ini pun sebuah lagu yang best. Bernada rancak. Persembahan Six Sense tadi cukup bertenaga (melompat-lompat nampaknya) Akan tetapi saya kurang berpuashati dengan persembahan Vokal beliau yang agak kurang menyerlah. saya ramalkan lagu ini tidak dapat melepasi halangan ke Final AJL 26.
* lagu ini gagal melepasi halangan ke AJL 26 (Seperti yang saya ramalkan)

5) Bila Bertemumu - Shiha (Mentor)
* Masa awal-awal dahulu saya memang suka mendengar lagu Shiha ini. Suara beliau pun lembut sahaja. Namun, malam ini saya dengar Shiha bermula dengan agak goyah sedikit. Ada macam tersumbang pada awalnya. Dan suara Shiha kedengaran besar dan lantang tetapi tidak tinggi. Agak gemersik. Jika diasah Shiha boleh pergi jauh.
* Walaupun lagu ni agak best, tapi saya ramalkan lagu ni tak akan melepasi halangan ke AJL 26 kerana tak begitu strong. Mungkin hanya sedap pada pendengaran telinga saya sahaja tetapi tidak cukup X-Factor.
* lagu ini gagal melayakkan diri ke AJL 26 (Seperti dijangka)

6) Karma - Faizal Tahir
* Selain Sedetik Lebih, lagu Karma nyanyian Faizal Tahir juga merupakan sebuah lagu yang saya nantikan. Lagu ini memiliki melodi yang unik, sedap didengar dan disertakan dengan persembahan Vokal bertenaga daripada penyanyinya sendiri.
* Berhubung dengan persembahan Faizal Tahir, saya lihat beliau ada penurunan dari segi kualiti Vokal beliau. Nampak agak goyah apabila beliau tarik nota tinggi lagu tersebut. nasib suara beliau tak "Crack". walaubagaimanapun, saya yakin lagu ini bakal layak ke AJL 26.
* Lagu ini layak ke AJL 26 (Menepati ramalan)

7) Salma - Aku Permata
* Secara Peribadi, saya gemar mendengar lagu Salma ini. Mungkin kerana saya sukakan persembahan Vokal Salma yang cukup bertenaga dalam lagu ini. Dan semasa bertanding sebentar tadi, salma telah menunjukkan keupayaannya melontarkan Nada tinggi secara berulang kali tanpa lesu. namun begitu, Salma agak goyah semasa melontarkan nada rendah untuk lagu tersebut.
* Saya tak yakin sangat akan peluang lagu ini ke Final. Dalam hati 50-50 la lagipun 4 lagu sebelum ini sudah cukup kuat untuk lepas ke Final. Jika Juri terpukau dengan persembahan Vokal salma yang lantang tu mungkin lagu ini layak. Namun, nampaknya juri-juri kita ini benar-benar tidak terpengaruh.
* Lagu ini gagal ke Final AJL 26.

8) Menyesal - Six Sense
* lagu yang popular dan dijadikan tema drama Asmara ini memang merupakan sebuah lagu yang sedap didengar. Personally saya cukup minat lagu ini kerana benar-benar menyentuh kalbu. Namun begitu, emosi lagu ini tidak sampai kepada saya. Mungkin penonton lain juga rasa begitu. And saya rasa tak patut masa awal-awal lagu ni Vokalis beliau terlompat-lompat sedangkan ini lagu sedih dan slow.
* Peluang lagu ini untuk dapat pun saya kira 50-50
* Lagu ini akhirnya tidak diumumkan layak ke Final AJL 26.

Sekian sahaja komen saya tentang persembahan artis dan lagu untuk saringan terakhir Muzik Muzik 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^