| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | PROMOSI | | MyGK | | OSH |

+++++ JEMPUT UNTUK KLIK LIKE @ SHARE ARTIKEL~ +++++

Isnin, 19 Disember 2011

Maksud warna lampu pada lampu isyarat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!

hi! Korang tau tak apa itu lampu Isyarat? Hehee soalan ni rasanya budak sekolah tadika pun boleh jawab kan? Akan tetapi, tahu sahaja tidak cukup jika tidak tahu nak ikut peraturan lampu isyarat. Disini nak kongsi sedikit cerita jika tidak mahu mengikut peraturan lampu isyarat.

Lampu isyarat terdiri daripada 3 warna asas iaitu, Merah, Kuning dan Hijau. Apakah maksud ketiga-tiga warna tersebut? Saya yakin ramai yang faham akan warna hijau dan merah akan tetapi mungkin ada yang confuse apa erti lampu kuning.

Sebagai mengingatkan, lampu hijau bererti jalan maka anda janganlah berhenti di hadapan lampu isyarat jika paparan lampu isyarat berwarna hijau. Kemungkinan anda akan diberi HON yang kuat oleh kenderaan-kenderaan di belakang anda dan dimaki hamun kerana mereka ingin segera melepasi lampu isyarat tersebut. Kalau tak bernasib baik, kenderaan anda akan dibaling dengan segala macam barang yang ada dalam kenderaan awam lain. Kemudian, Bagaimana pula dengan lampu merah?

Lampu merah fungsinya adalah untuk berhenti. Anda dilarang melepasi simpang jika lampu isyarat memaparkan warna merah. Ini dikira melanggar peraturan lampu isyarat. namun begitu masih ramai yang berdegil dan melanggar lampu isyarat merah kerana tidak sabar menunggu seketika. Anda sebenarnya bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malahan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Melanggar lampu merah juga boleh mengakibatkan anda disaman. maka wang anda juga dalam bahaya.

lampu yang terakhir sekali adalah lampu Kuning. Warna kuning akan dinyalakan seketika selepas nyalaan lampu hijau dan sebelum lampu merah. Justeru apakah fungsi lampu kuning? Lampu kuning pada dasarnya berfungsi untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya agar bersedia untuk berhenti. maka apabila lampu merah menyala, anda sudah berhenti. namun begitu, sebahagian besar masyarakat kita mentafsirkan bahawa lampu kuning merupakan isyarat untuk MEMECUT SEBERAPA MAMPU sebelum lampu isyarat bertukar merah. Adakah anda juga begitu?

memecut ketika lampu kuning juga amat berbahaya kerana anda mungkin boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya jika kenderaan anda gagal dikawal atau ada rempuhan daripada kenderaan lain. maka berhati-hatilah dan ikuti peraturan lampu siarat kuning seperti yang dikehendaki.

sekadar nak berkongsi, gambar dibawah menunjukkan akibat sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah. maka keretanya dirempuh okleh kenderaan lain yang dipandu laju. Akibatnya, seorang pejalan kaki yang tidak berdosa menjadi mangsa! dan juga nasib pemandu dan penumpang kenderaan yang terhumban tidak diketahui. dengan rempuhan sekuat itu saya percaya pejalan kaki terbabit maut! jadikan gambar ini sebagai pengajaran.


Sekian.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

1 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Mr.PiNGu. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PENGUNJUNG

Recent Comments Widget
Search