Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!
Hi semua. Baru je tadi Mr.PiNGu kata buzy buzy buzy tapi nak juga tulis blog! Motif sangat kan. Ye la lagipun dah hampir seminggu tak update blog kerana outstation and buzy dengan kerja. Now, saya tergerak nak tulis sesuatu after baca beberapa blog tadi, one of them adalah blog sunahsukasakura.com.
Sebenarnya saya tergerak apabila membaca tulisan beliau. Kita sebagai seorang blogger sebenarnya memikul satu amanah dan tanggungjawab yang besar. Kita dinilai berdasarkan apa yang kita tulis justeru tulislah perkara yang sepatutnya. Maksud sepatutnya ialah menulis sesuatu yang baik.
Saya sedar kadang-kadang secara sengaja atau tidak kita terlalu excited nak bercerita pasal orang lain yang akhirnya membuatkan pihak tersebut aib. Kita tak sepatutnya membuka aib orang kan atau tidak pun menulis sesuatu yang diluar apa yang sepatutnya. mengucap panjang saya apabila saya tersedar daripada lamunan ini.
Saya ni sebenarnya sedar tak sedar seorang yang kuat gosip gak. Tak dapat gosip artis saya gosip kawan-kawan. tapi saya takdelah sampai tahap nak mencemarkan maruah orang. Namun begitu, menulis tentang orang sangatlah berbahaya. Jika tidak kena tempatnya anda boleh ditimpa musibah. Saya baca satu blog yang menyatakan bahawa ada 3 orang blogger bakal disaman oleh bekas ketua polis negara kerana menulis sesuatu berbentuk Fitnah. saya dah baca tulisan blogger tersebut dan saya percaya beliau salah seorang yang telah mendengar khabar angin dan dengan excitednya telah menulis cerita tersebut. Yang silapnya adalah tulisan beliau yang tak bertapis seolah-oleh benar insan yang didakwa itu benar-benar pelaku dalam kejadian. So, memang bahaya kalau menulis tentang orang ataupun satu organisasi melibatkan orang.
Saya masih teringat seorang blogger tu menulis di dalam blognyer tentang satu menu masakan yang dia telah cuba di sebuah gerai namun dia sangat tidak menyukainya. Dia menulis kekecewaannya di dalam blog peribadi beliau. Akhirnya, tulisan beliau telah dihidu oleh kedai makan yang ditulisnya lalu pihak kedai mengemukakan saman terhadap beliau. Kan dah naya. Dah la kecewa makan tak sedap, ditambah kecewa kena saman.
So, peringatan buat diri saya dan juga rakan-rakan sekalian agar berfikir dahulu sebelum publish tulisan anda. timbang kati sikit dan fikir adakah tulisan anda benar-benar selamat untuk dipublish kepada audience (pembaca blog)
Sekian sahaja untuk malam ini. Semoga kita berjumpa lagi ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^