JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Pelajar Sekolah Makin Biadap


Oklah..

Artikel ni dah lama.. tapi saja aku nak ulas juga sebab isu ini adalah satu isu yang terus berlaku dewasa ini. Sedarkah kita bahawasanya generasi yang sedang kita lahirkan dewasa ini ramai yang memiliki tahap akhlak yang cukup membimbangkan. 

Dimanakah silapnya?

Adakah didikan ibu bapa? Guru-guru? Pengaruh rakan sebaya?

Disini saya nak ulas isu pelajar sekolah. Teringat zaman kita dahulu.. Kalau disekolah kita cukup takut dan hormat dengan guru kita. Setakat dirotan, dijentik tu takde masalah sebab kita tahu memang salah kita dan untuk mendisiplinkan diri kita. Namun, dewasa ini anak-anak sudah tidak boleh disentuh. Cubit sikit ibu bapa melenting. Jadi bagaimanakah kita mahu melihat generasi yang berdisiplin, patuh kepada arahan dan juga rajin dilahirkan. Selain itu, anak-anak kita dewasa ini tidak segan silu melakukan perkara-perkara yang jelas melanggar moral dan juga undang-undang, melawan guru, dan sebagainya.

Ini bertitik tolak dengan sistem pendidikan negara yang semakin memanjakan pelajar dan mengurangkan kuasa guru untuk mendisiplinkan pelajar. Kalau anak-anak dah tak boleh dijentik kalau buat salah maka apa yang tinggal pada guru? Sekadar mengajar dan tidak menghiraukan sama ada pelajar itu mahu belajar atau tidak?

Tanyalah diri kita sendiri. Jika sayalah mempunya anak yang nakal, saya akan berikan sepenuh kebebasan kepada guru untuk menghukum anak saya asalkan tidak membawa kecederaan fizikal yang tidak munasabah. Ini demi untuk mendidik anak-anak menjadi generasi yang cemerlang pada masa akan datang.

tepuk dada tanya selera.

sekian sahaja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^