Salah satu tajuk berita yang pingu baca baru-baru ini. What do you think? Memang sangat-sangat bodoh kalau dia wat benda macam ni. bayangkan dia nak turun dari tingkap 8 sebuah apartment hanya guna pintalah lampin and selimut?? Giler ke? Pingu kalau disuruh guna tali yang cukup besar dan kuat pun tak berani. Tepai minah indon ni berani dan akhirnya membawa tragedi.. Hal ini berlaku hanya kerana secebis sms dari kekasih hati!
BERITA PENUH:
GEORGETOWN: Cubaan untuk melarikan diri bersama kekasih membawa padah kepada seorang pembantu rumah warga Indonesia apabila terjatuh dari tingkat lapan sebuah kondominium di Paya Terubong, di sini, semalam.
Mangsa yang bekerja di rumah milik sepasang warga emas dikatakan cuba meloloskan diri dari rumah majikannya kira-kira jam 11 malam kelmarin dengan alasan mahu membuang sampah. Bagaimanapun, majikannya melarang dia berbuat demikian kerana sampah sudah dibuang lebih awal. Selang tiga jam kemudian, amah berusia 33 tahun itu tekad untuk lari dari rumah majikannya dengan turun melalui tingkap menggunakan selimut, tuala dan lampin yang dipintal.
Malangnya, ikatan itu terlerai, menyebabkan wanita itu terjatuh dari tingkat lapan kondominium berkenaan. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah kira-kira jam 2.30 pagi di pekarangan kondominium oleh orang ramai. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, siasatan lanjut mendapati ikatan kain lampin yang digunakan sebagai ‘tali’ yang diikat pada tingkap itu terlerai ketika mangsa sedang melurut turun.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah sejak dua tahun lalu itu cuba melarikan diri bersama teman lelakinya berdasarkan teks khidmat pesanan ringkas (SMS) yang ditemui polis dalam telefon bimbitnya,” katanya
macam2 dunia skrg ni...nak keje wat cara keje
BalasPadamGuna pintalan kain je? Ni mesti terpengaruh dengan iklan James bond...hu3
BalasPadamhahaa.. amah tu rajin layan movie kot tu yg terikut2.. hahaaaa
BalasPadamterbaiklah.. haha.. mungkinn beliau mahu menjadi super hero kot
BalasPadamA'IM: hahaha bukan superhero, tapi superwomen.. hahaa
BalasPadam