JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Siapa Peserta yang akan memberi saingan yang kuat dalam gegar veganza 7?

Siapakah yang bakal beri saingan hebat di Gegar Vaganza 7? 

1- Ayu Damit


2- Haslinda


3- Mus


4- Nomad


5- Noraniza Idris


Ulasan Penuh >> HERE <<

 

Restoran Tandas. Korang selera ke?

 


Aku jujur lah cakap. Walau sebersih mana pun bekas makanan tu, aku tetap tak sudi nak makan disini. Terasa jijik la pula. KOMEN PENUH admin disini >> KLIK <<

Myvi Buat Drive Through Seven Eleven

 Myvi boleh bah!



Founder Produk di simbah air ketika sedang membuat Live di Instagram?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya terlihat satu video yang viral ketika ini di mana ada seorang founder produk telah disimbah air ketika sedang membuat live di Instagram beliau.

Melihat kepada komen daripada netizen, ada yang berpendapat bahawa beliau tidak patut disimbah dengan air. Ada pendapat lain menyatakan bahawa beliau memang patut disimbah dengan air Kerana telah membuat bising dan mengganggu pelanggan-pelanggan restoran lain untuk makan dengan tenang. 

Walaupun telah meminta keizinan daripada Tuan kedai, jika ingin membuat live, perlu hormat kepada keadaan sekeliling dan memastikan kita tidak mengganggu orang lain yang juga berada di situ terutama sekali jika anda menjerit-jerit orang gila (kes tersebut jika diperhatikan)

Saya berharap agar perkara ini menjadi tauladan buat orang lain yang suka membuat live tidak kira tempat.

Tempat makan seharusnya menjadi tempat yang selesa untuk semua pelanggan kerana ketika menikmati makanan kita perlu berada dalam keadaan yang selesa.

Saya berharap perkara ini tidak akan terus berulang ia akan menjadi satu perkara yang tidak baik untuk dicontohi.

Sebenarnya tidak salah untuk buat live tapi kita perlu tahu batas-batas yang perlu kita ikut.

Sekian sahaja.


Keperluan Makanan Sihat

Berat badan berlebihan ataupun dengan lebih tepat menghadapi masalah obesiti adalah kerana mereka tidak melakukan aktiviti-aktiviti sihat dan juga menjalankan kehidupan dengan cara yang tidak sihat. 

Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan juga kurang melakukan senaman adaalh faktor penyumbang kepada masalah ini. Justeru, rakyat Malaysia perlu meneliti apakah jenis makanan yang perlu diambil dan perlu dielakkan supaya mereka dapat hidup dengan lebih sihat. 

Dewasa ini, terdapat pelbagai penyakit berbahaya berpunca daripada makanan yang diambil. Contohnya, makanan yang bergaram makanan, tinggi gula, dan lain-lain lagi. 

Saya berharap bahawa masyarakat Malaysia peka dengan kesihatan masing-masing. Pihak berwajib juga perlu sering untuk melakukan aktiviti promosi dengan mengesyorkan pengambilan makanan yang lebih sihat, contonya direbus adalah lebih sihat berbanding makanan yang digoreng. 

Saya berharap bahawa pada masa akan datang, rakyat Malaysia akan hidup dengan lebih sihat. Pada pendapat saya, kita perlu mengambil makanan makanan asas seperti sayur-sayuran, biji bijiran, nasi dan apa saja yang bersifat semulajadi dan juga makanan-makanan yang tidak diproses. Ini kerana pada dasarnya adalah lebih sihat dibanding makanan telah diproses yang mungkin telah dicampur dengan pelbagai bahan-bahan asing, bahan-bahan tambahan untuk membolehkan makanan tersebut bertahan pada masa yang lama.