JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Keperluan Makanan Sihat

Berat badan berlebihan ataupun dengan lebih tepat menghadapi masalah obesiti adalah kerana mereka tidak melakukan aktiviti-aktiviti sihat dan juga menjalankan kehidupan dengan cara yang tidak sihat. 

Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan juga kurang melakukan senaman adaalh faktor penyumbang kepada masalah ini. Justeru, rakyat Malaysia perlu meneliti apakah jenis makanan yang perlu diambil dan perlu dielakkan supaya mereka dapat hidup dengan lebih sihat. 

Dewasa ini, terdapat pelbagai penyakit berbahaya berpunca daripada makanan yang diambil. Contohnya, makanan yang bergaram makanan, tinggi gula, dan lain-lain lagi. 

Saya berharap bahawa masyarakat Malaysia peka dengan kesihatan masing-masing. Pihak berwajib juga perlu sering untuk melakukan aktiviti promosi dengan mengesyorkan pengambilan makanan yang lebih sihat, contonya direbus adalah lebih sihat berbanding makanan yang digoreng. 

Saya berharap bahawa pada masa akan datang, rakyat Malaysia akan hidup dengan lebih sihat. Pada pendapat saya, kita perlu mengambil makanan makanan asas seperti sayur-sayuran, biji bijiran, nasi dan apa saja yang bersifat semulajadi dan juga makanan-makanan yang tidak diproses. Ini kerana pada dasarnya adalah lebih sihat dibanding makanan telah diproses yang mungkin telah dicampur dengan pelbagai bahan-bahan asing, bahan-bahan tambahan untuk membolehkan makanan tersebut bertahan pada masa yang lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^