JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Dr Maza digesa masuk politik jika mahu terus kritik kerajaan

Print screen berita...


Antara komen daripada artikel



Peraturan Buat Penumpang Mas


Sila baca dan fahami undang-undang yang ditulis disini. Semoga kejadian PENUMPANG YANG MENGHINA MEMAKI MEMARAHI MENGGUNAKAN KATA KATA KESAT ke atas staf Penerbangan MAS dapat dielakkan daripada berlaku lagi pada masa-masa akan datang.

Fahrin Ahmad Berkahwin


Fahrin Ahmad , 36 tahun selamat bergelar suami kepada Elena Hani Eleas , 37 tahun dengan sekali lafaz dengan mas kahwin bernilai RM80 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Tahniah buat Pelakon Kacak, Fahrin Ahmad yang selamat bergelar suami. Semoga berbahagia dunia akhirat.. Aminn..

Alexa Ranking Blog Tun Dr Mahathir


Alexa Ranking blog Tun DR Mahathir cukup tinggi, kalah beberapa orang blogger popular di Malaysia. Justeru, kalau nak blog anda laris sila pastikan anda popular ataupun mampu menulis sesuatu yang menarik perhatian dan mungkin menjadi Viral. =)

Pemandu Myvi Nahas Jalan Duke diberkas



Ok yang bersalah dah diberkas. Tapi tak mengaku bersalah. Takpa biar mahkamah dengar penjelasan masing-masing. Apa-apapun ia menjadi satu nahas yang sangat menggemparkan seluruh Malaysia sehingga menjadi Viral di laman sosial.

Hanya Namanu - Caliph Buskers

Single pertama Caliph Buskers berjudul "Hanya Namamu" merupakan satu lagu berlirikkan Ketuhanan. Sungguh menusuk Kalbu. Vokal Best! Arrangement Lagu pun sedap. Semoga lebih berjaya. Sambil menghiburkan sambil berdakwah..


Buat Duit Dengan Nuffnang?

Buat Duit dengan Nuffnang?

Sepanjang minggu lepas, aku perasan yang iklan nuffnang banyak juga keluar. Jika tak keluar, dia hanya papar baner biru seperti dibawah:


Ramai yang tulis artikel tentang buat duit dengan nuffnang. Aku dah kenal nuffnang masuk 6-7 tahun. Banyakkah nuffnang bagi? Pengalaman sendiri memang ciput sangat. Disaat blog-blog lain meriah dengan buffer dan lain-lain, blog aku kekal dengan iklan jenis CPC je. 

Minggu lepas? aku tak dapat sesen pun tau! Haha menunjukkan tak ada orang klik langsung iklan di blog aku. Betul ke? sangat-sangat pelik.

Kalau korang nak tau, innity hari-hari update dan tiap2 hari pasti ada duit masuk. Nak banding dengan nuffnang memang jauh sekali. Tapi antara kedua-dua ni ada kebaikkan dan kekurangannya itu sebab aku masih kekal dengan nuffnang walaupun dah ada innity.

Rajin aku update sebabnya ok!

Marahkan Nyamuk, habis kelambu terbakar

Memanglah kes Myvi berlanggar di Jalan Duke tu teruk. Tapi, bukan semua pemandu Myvi macam tu. Tak perlu nak hukum semua pengguna Myvi lain. Wake up Malaysia jangan jadi bodoh! 

Dikhabarkan, Myvi yang dimiliki oleh wanita hamil 8 bulan ini dihimpit 4 biji kereta hampir membahayakan nyawanya dan... ada yang mengetuk keretanya sehingga terdapat kerosakan.. erm.. 



kuCING cOMEL Sorok Remote Control

So cute and Adorable 




Game: Bomber Man Main Netwok dengan Kawan-Kawan


Syok juga kalau lapang-lapang main game lama-lama macam bomber man ni. Menggamit Nostalgia. Yang best sekarang kitorang main network. Lawan dengan kawan-kawan hehe. Sapa yang menang memang best la yang kalah bersiap sedialah untuk dicarot. Haha. Cubalah!

Hutang PTPTN bayar tak habis?


Ku sangka dah bayar habis rupanya masih berbaki! Last time, masa aku nak bertekad nak bayar habis PTPTN, aku dh semak dalam laman web dia berapa baki hutang. Aku pun bayar kesemuanya serta merta secara online.

Kemudian, beberapa bulan selepas itu aku saja-saja nak buka akaun PTPTN aku, sekali.. Pergh ada pulak baki RM1.12! Mengapalah masa tersebut dia tak letak jumlah penuh tanpa interest terselindung? Sabar sahajalah. 

Geram jugak. Tapi, apa-apa pun, hutang wajib dibayar. Since aku meminjam dengan PTPTN maka wajiblah aku bayar. Cuma tak puashati masih berbaki singgit lebih. Kalau aku biar pun nanti dia akan membiak-biak jadi makin banyak. 

Stress

Kemalangan Myvi Jalan Duke dengan Pajero

Menggemparkan Malaysia dan Menyayat hati, juga menaikkan api kemarahan rakyat Malaysia, itulah yang mampu saya gambarkan berhubung peristiwa kereta Myvi yang melanggar Pajero menyebabkan 3 sekeluarga maut di tempat kejadian. Myvi tersebut dikatakan berlumba berdasarkan bukti litar tertutup CCTV. Lebih daripada 6 buah Myvi dikhabarkan berlumba. Ya atau tidak ia masih dalam siasatan polis dan kita tunggu laporannya. Berikut merupakan gambar sekitar lokasi nahas di Jalan Duke.





Naruto Movie: The Last (2015)


Satu-satunya Naruto Movie yang difilemkan saya fikir. Keluar pada tahun 2015. Di Malaysia ada juga disiarkan namun hanya di 3 pawagam terpilih. Saya baru berkesempatan menontonnya sebentar tadi melalui carian google dengan penuh sabar (sebab susah nak cari link yang betul). 

Secara keseluruhannya, cerita ini berkisar tentang salah satu keturunan terakhir daripada adik kepada "Sage the 6 Path" yang menyegel Gedo Mazo ke bulan. Difahamkan bahawa adik kepada Sage the 6 path bercadang untuk menetap di bulan bagi menjaga tubuh Jubi. Keturunan terakhir yang menetap di bulan ini akhirnya memutuskan untuk menghancurkan bumi kerana beranggapan bumi akan membawa kehancuran.

Plot cerita ini berlaku 2 tahun selepas perang Ninja keempat. Ketika ini, Hatake Kakashi memegang jawatan sebagai Hokage.

Watak utama dalam cerita ini menonjolkan Hinata dan bagaimana Hinata berjuang demi cinta terhadap Naruto, Juga menunjukkan ketabahan Hinata dalam memilih jalan yang sukar demi menyelamatkan adiknya yang diculik. 

Pada pendapat saya, jalan cerita untuk movie ini tidak sekuat movie sebelum ini namun ia lebih kepada menonjolkan bagaimana hubungan antara Hinata dan Naruto akhirnya terjalin. Keseluruhannya, saya bagi 3 dari 5 bintang.

P/S: Walaupun sasuka watak utama siri Naruto, namun dalam Movie terbaru ini, Watak sasuke muncul tidak sampai satu minit...