JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Naruto Movie: The Last (2015)


Satu-satunya Naruto Movie yang difilemkan saya fikir. Keluar pada tahun 2015. Di Malaysia ada juga disiarkan namun hanya di 3 pawagam terpilih. Saya baru berkesempatan menontonnya sebentar tadi melalui carian google dengan penuh sabar (sebab susah nak cari link yang betul). 

Secara keseluruhannya, cerita ini berkisar tentang salah satu keturunan terakhir daripada adik kepada "Sage the 6 Path" yang menyegel Gedo Mazo ke bulan. Difahamkan bahawa adik kepada Sage the 6 path bercadang untuk menetap di bulan bagi menjaga tubuh Jubi. Keturunan terakhir yang menetap di bulan ini akhirnya memutuskan untuk menghancurkan bumi kerana beranggapan bumi akan membawa kehancuran.

Plot cerita ini berlaku 2 tahun selepas perang Ninja keempat. Ketika ini, Hatake Kakashi memegang jawatan sebagai Hokage.

Watak utama dalam cerita ini menonjolkan Hinata dan bagaimana Hinata berjuang demi cinta terhadap Naruto, Juga menunjukkan ketabahan Hinata dalam memilih jalan yang sukar demi menyelamatkan adiknya yang diculik. 

Pada pendapat saya, jalan cerita untuk movie ini tidak sekuat movie sebelum ini namun ia lebih kepada menonjolkan bagaimana hubungan antara Hinata dan Naruto akhirnya terjalin. Keseluruhannya, saya bagi 3 dari 5 bintang.

P/S: Walaupun sasuka watak utama siri Naruto, namun dalam Movie terbaru ini, Watak sasuke muncul tidak sampai satu minit...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^