Kecoh beberapa hari ini apabila seorang pelanggan sebuah Restoran terapung telah mendedahkan tentang harga ikan siakap sangat tidak masuk akal di Langkawi. Seekor ikan siakap seberat 7 Kilogram telah dijual dengan harga lebih RM1100! Memang terkedu lah mendengarnya.
Hal ini telah menggemparkan seluruh negara. Masyarakat mempersoalkan harga yang sangat tidak masuk akal tersebut. Selain itu, beberapa individu juga tampil mendedahkan pernah terkena harga ikan siakap terlalu mahal di Restoran yang sama.
Namun begitu, menurut pemilik restoran tersebut, ikan tersebut telah dipelihara lebih 11 tahun dan diberi makan anak ikan. Maka, ia tidak mungkin dijual dengan kadar biasa.
Tentang perkara ini, admin berpendapat mungkin berlaku misscommunication antara penjual dan pembeli. Kalaulah ikan keli perhiasan tersebut diberi makanan yang mahal, ia tidak sepatutnya dijual walau atas alasan apa sekalipun. Namun, jika pelanggan dimaklumkan harga terlebih dahulu saya berpendapat tidak timbul isu ini. Pendek kata akad dan ketelusan sangat penting.
Semoga isu ini dapat diambil iktibar oleh pengusaha restoran agar tidak terlalu cekik darah. Selain itu, pengguna perlu bijak merancang. Jangan terlalu cepat meminta pesanan tanpa mengetahui harga sebenar.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^