JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Kes Basikal Lajak: Siapa yang Salah?

Kita telah dimaklumkan akan keputusan mahkamah baru-baru ini tentang kemalangan melibatkan pemandu wanita berbangsa Cina dan 8 orang penunggang basikal lajak di Johor Bahru, iaitu beliau dipenjara selama 6 tahun dan lesen memandu digantung.

Pertamanya, saya bersimpati kepada mangsa keluarga mangsa namun pada masa sama geram, gagal memahami bagaimana remaja-remaja usia sedemikian bermain basikal lajak pada pukul 3 pagi, sedangkan sepatutnya itu adalah masa tidur bagi kanak-kanak seusia mereka. Adakah keluarga tidak pernah menghalang anak anak mereka keluar malam? Jika dahulu, saya tidak pernah keluar malam sesuka hati kerana ayah akan merotan saya. Tapi, mengapa ibu bapa sekarang tidak tegas? Tidak sayangkah mereka pada anak-anak remaja mereka?

Saya sering menggunakan laluan kemalangan maut tersebut dan sangat memahami keadaan jalan tersebut. Jika saya memandu di kawasan tersebut biasanya memang akan memandu dengan kelajuan sederhana. Bayangkan jika kita sedang memandu tiba-tiba ada segerombolan remaja di tengah jalan. Adakah kita pernah terfikir perkara tersebut? Dan mampukah kita mengelak daripada kemalangan itu?

Pemandu wanita tersebut sesungguhnya tiada niat membunuh. Beliau menjadi mangsa keadaan. Keadaan yang sukar diterima akal. Ya tiada sesiapapun inginkan kemalangan. Namun, ia berlaku juga. Beliau mungkin terkejut dan tidak menyangka wujud kumpulan remaja melepak di jalan tersebut di waktu yang mana sepatutnya semua remaja seusianya sedang tidur dirumah.

Adakah remaja tersebut bermain basikal lajak tanpa pengetahuan ibu bapa? Ataupun ibu bapa tidak pernah melarang anak-anak mereka bermain basikal lajak? Amat mustahil untuk ibu bapa tidak tahu anak mereka bemain basikal lajak. Siapakah yang membelikan basikal tersebut? Dimana basika itu disimpan? Biasanya dimana ia dimainkan? Saya hairan.

Saya berharap kejadian seumpama ini tidak lagi berlaku. Semoga menjadi pengajaran buat semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^