seperti ditunjukkan. Hope semua OK!~
JoM! "LIKE"
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++
Villa Nabila vs Nabila AF2013
Nama Nabila jadi Trending di twitter dan facebook. Bukan sahaj kerana konsert AF2013 malahan disebabkan kisah 30 remaja yang melakukan aktiviti berani ala seekers di Villa Nabila Danga Bay Johor Bahru. Dikatakan hanya 7 orang selamat keluar tetapi 23 yang lain hilang. Apa tak ke haru seluruh Malalysia dengan berita ini. Apa-apapun saya harap semuanya selamat!
p/s: Saya suka Nabila tak menang AF dan Faizul yang menang. At least Faizul better than her. Hahaha
VS
Kartun yang bisa buat hati anda menangis
Pengguguran bayi luar nikah. Sebenarnya kita biasa dengar namun realitinya adakah kita pernah kasihankan bayi tidak berdosa yang dibunoh itu? Sebenarnya, aktiviti pengguguran bayi adalah satu perbuatan yang sangat kejam kerana boleh disamakan dengan membunuh nyawa tidak berdosa.. Itu yang saya fikirkan.. Kamu yang berdosa mengapa bayi tak bersalah jadi mangsa? Fikir-fikirkanlah..
Hadiah untuk anak dapat 5A UPSR
Antara dua darjat... Dua-dua dapat 5A tapi sorang dihadiahkan mini cooper 210k sorang lagi didokong keliling kampung.. hehe..
Askar cedera parah namun tetap bertahan dalam perbarisan
Memang patut dihormati. Walaupun cedera beliau teruskan perbarisan. Menahan sakit lebih dipilih daripada mencacatkan majlis.
Teguran Datuk Siti Nurhaliza buat YB Khairy Jamaludin
Harini memang kecoh sana sini terutamanya di laman sosial tentang kenyataan berbaur teguran Datuk Siti Nurhaliza kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaludin. Ada yang salahkan Datuk Siti tak kurang juga ada yang menyokong tindakan Datuk Siti.
Personally, saya tak mahu komen sangat (saya memang tak tahu hujung pangkal masalah). Bagi saya Datuk Siti mungkin tidak bersalah sebab dia menyuarakan teguran yang difikirkan beliau berasas. Dalam masa yang sama, media sosial yang digunakan dilihat tidak sesuai kerana ada yang berpendapat baik ditegur secara terus kepada tuan punya badan.
Namun, dalam situasi sekarang ni memang tak dinafikan even saya sendiri kadangkala meluahkan tidak puashati di laman sosial.
Bagi KJ, saya mungkin faham tugasnya yang besar yang beliau galas. Mungkin kita tak tahu tekanan yang beliau alami dan mungkin beliau hanya menjalankan tugas. Bagi saya dua-dua pihak pun tak salah - tak betul. Apa-apa sahajalah..
Gambar Kahwin Fizo Omar dan Mawar
Aku tau Fizo Omar ni memang dambaan ramai. Orang Hot katakan. Ramai la awek2 jua dotdot yang gigit jari dan frust menonggeng sebab Fizo Omar yang berbadan sasa lagi macho ni dah kahwin. Nak buat camne dah jodoh diorang. Buat isterinya Mawar, tahniah kerana memiliki jejaka ini dan anda memang sama cantik dan sama padan. Jum tengok gambar kahwin mereka yang saya ceduk sikit dari oh bulan
Ikan Talapia Tasik Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru
Ikan talapia ni banyak boleh didapati di dalam tasik UTM. Akan tetapi diharamkan pancing yer! Nak bagi ikan makan boleh. Biasanya kami bagi ikan makan roti yang dah sampai tarikh luput. Tapi kini susah ikan-ikan ni nak dapat makan setelah kehadiran makhluk-makhluk dibawah ini pada skala besar =p
Itik-itik UTM ni lebih pantas menangkap makanan yang dilempar ke dalam tasik berbanding ikan-ikan.. selalu gak mereka berebut. kelakar ada tengok ikan terlompat2 nak rebut roti dengan itik =p
Rokok Goreng Berlada
Ada sapa-sapa sanggup makan?? Haha.. Aku lihat sebahagian perokok tegar lebih mampu berlapar daripada meninggalkan rokok. Naik seram ada... kredit gambar kepada member Admin..
Budak Perempuan Tiada Maruah
Aku tak tahulah budak-budak sekarang ni memang dah tiada maruah ke? Buat benda yang serupa pelacur murahan kemudian dengan bangganya update status di laman sosial? Lepas tu ramai pula yang like. Adakah budak-budak sekarang ni sudah tidak ada perasaan malu dan tidak ada maruah diri yang perlu dijaga? renung-renungkanlah...
GempakZ Best! Sebab Mengapa mesti menyimpan Emas
Aku sebelum-sebelum ni pernah discuz tentang perkara ini dengan panjang lebar tapi ada juga yang still tak faham. So aku malas cakap banyak korang tengok gambar dibawah dan korang fikirkan sendiri akan faedah menyimpan menggunakan emas dan bukan wang tunai. Emas adalah lambang kemewahan dan kekayaan dan nilainya sukar merosot tetapi wang tunai nilainya semakin kecil. Justeru jika ada wang lebih please tukar ke bentuk emas! Ini adalah saranan saya.
Pembunuh Pegawai AmBank, Norazita Abu Talib Akhirnya diberkas
SUSPEK yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank AmBank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, di bawa ke Mahkamah Petaling Jaya selepas berjaya diberkas di Kota Tinggi, awal pagi tadi.
Bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap seorang lelaki di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada jam 7 pagi tadi, demikian menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
“Pihak polis percaya dengan penahanan suspek utama ini, kes berkenaan berjaya diselesaikan,” katanya.
PINGU: Syukurlah Penjenayah berbahaya ini berjaya diberkas sebelum sempat membolosi sempadan negara kita ke Indonesia. Syabas PDRM atas kecekapan anda.
Nak Bebel Apa?
As Salam semua!
Dah lama aku tak menulis di Blog lama aku ni. Actually aku dh mula hilang formula untuk menulis. Dengan blog wordpress aku tu aku rasa something wrong menyebabkan aku macam xberapa nak rajin tulis. Walaupun SEO blog aku tu tersangatlah baik. Mungkin aku makin malas berblogging.
Salah satu sebab aku meninggalkan blog blogspot aku ni cukup lama salah satunya disebabkan aku ingin memiliki blog yang didasarkan kepada hosting aku sendiri. Kalau blog ni still milik blogspot kan walaupun aku gigih menukar nama dan redirect ke blog aku sendiri. Bebiler masa blogspot boleh terminate blog aku ni macam yang pernah berlaku pada sebahagian blogger.
So far aku xde mengalami masalah guna blogspot ataupun wrodpress. Aku nampak kelebihan wordpress itu sebabnya aku beralih kesana. Wordpress ada fungsi tag yang cool yang aku rasa sangat membantu dalam carian engine berbanding blogspot.
Tapi, blogspot ni masih digemari ramai berbanding wordpress kerana selain mudah / simple, blogspot ada function sosial dia sendiri iaitu follower blog berdasarkan akaun blogger. itu yang best yang wordpress xde.
Apa-apapun kedua2 jenis blog ni ada pro and contranya. Terpulang kepada kita untuk memilihnya mengikut citarasa masing-masing. Sekian sahaja.
gambar selibriti cun wawa zainal, aeril zafril dan anak mereka
Gambar wawa zainal manis bertudung
Gambar Aeril Zafril, Suami wawa Zainal
Anak pasangan ini: Ahmad Fakhruddin Attar
Anuar Zain buat Gwiyomi ke?
Gwiyomi ke ni? Tak tahu lah but macam cute je kan Anuar Zain buat muka camni hehe.. hope xde yang pitam lak.. hehe we still love you Anuar Zain
Langgan:
Catatan (Atom)