Hai! Semua..
Saya dah dengar kesemua lagu dalam album Fragmen bukan sekali malahan berpuluh-puluh kali ulang untuk saya hafal setiap melodinya dan juga sebahagian lirik telah saya hafal. Justeru, sekarang saya dah boleh membuat komen saya untuk lagu-lagu dalam album ini.
Jujurnya, saya mengambil masa beberapa ketika sebelum saya menyukai lagu-lagu dalam Album ini. Pada pendapat saya, Album ini bukanlah Album terbaik yang pernah dipersembahkan oleh Datuk Siti Nurhaliza namun, Album ini membawa kelainan dalam rentak lagu-lagunya. Setiap lagu ada titik kepuasan tersendiri.
Album ini kedengaran lebih santai dan rileks sesuai dengan peredaran usia beliau. Datuk Siti tahu apa yang sesuai untuk vokalnya pada keadaan semasa. Ada juga beberapa lagu yang saya rasa dicipta oleh komposer yang saya tidak kenal dan mungkin asing bagi lagu-lagu Datuk Siti sendiri. Ini adalah percubaan untuk mengubah selera muzik pendengar.
Ok apa kata saya buat review terus untuk setiap lagu sekarang, komen-komen saya untuk setiap lagu adalah berdasarkan pendengaran telinga saya. Saya percaya setiap orang lain citarasanya:
Track 1: Aku
- Lagu berirama Pop ciptaan Faizal Tahir ini menceritakan tentang pendirian dan perasaan seorang wanita yang dilihat cekal. Personally saya suka lagu ni. Iramanya Catchy dan santai. -> rating saya: 4.5 stars
Track 2: Jaga Dia Untukku
- Lagu ini pertama kali saya dengar semasa konsert datuk Siti di KLCC beberapa bulan lepas. Sekali dengar telinga saya dah tangkap yang lagu ni sedap iramanya. Cuma awal-awal tu beep lagu tu menyamai salah satu lagu Rihanna. Akan tetapi keseluruhannya lagu ini tidak sama dengan lagu Rihanna. Lagu ini meceritakan tentang kegelisahan perasaan seseorang insan memikirkan seseorang insan disayangi yang jauh daripadanya yang ditimpa malang. Lagu ini pun best sangat lah. Tak boring play banyak kali. -> rating saya: 5 stars
Track 3: Mula dan Akhir
- Lagu ini merupakan lagu pertama yang saya jadikan lagu favorite dalam album ini. Ini kerana kekuatan lirik lagu ini yang menceritakan tentang realiti kehidupan insan.. yang dilahirkan tanpa apa-apa dan akan kembali kepada kematian tanpa membawa apa-apa. ia juga menceritakan tentang suka duka kehidupan dan juga keterlanjuran yang mungkin banyak dilakukan dalam kehidupannya. Namun, pengharapan akan keampunan dan dijernihkan kembali hati melalui Taubat kepada Tuhan. Lirik yang penuh nasihat dan pengharapan. melodi dia pun best. Layan sangat saat-saat kita rasa sunyi sayu. -> rating saya: 5 stars
Track 4: Kau Sangat Bererti
- Lagu ini menceritakan tentang perasaan jatuh cinta kepada seseorang yang dikagumi. Melodi lagu ini santai pada awalnya, ia lebih banyak dihidupkan oleh Vokal indah Datuk Siti. Melodinya kemudian menjadi lebih bertenaga pada pertengahan verse. -> rating saya: 3.5 stars
Track 5: Sanubari
- Saya yakin lagu pada track ini merupakan lagu kegemaran sebahagian besar pemilik Album Fragmen Datuk Siti. Melodi lagu ini cukup kuat ditambah dengan alunan Vokal Datuk Siti yang baik. Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang sangat dicintai dimana orang ini sangat menerima kelebihan kekurangan orang yang dicintainya. saya pun suka lagu ini. -> rating saya: 5 star
Track 6: Terbaik Bagimu
- Lagu ini pun not bad. Layan juga la. Lagu ni menceritakan tentang seorang lelaki yang dicintai namun wanita ini merasakan perasaan sayangnya masih belum cukup kuat untuk lelaki itu yang baginya sudah buat yang terbaik untuk dirinya. -> rating saya: 3.5 star
Track 7: Warna Dunia
- Lagu ni rancak. Saya sangat suka lagu ini. iramanya best dan Vokal Datuk Siti sangat best dan kedengaran remaja sikit. Lagu ini juga menaikkan semangat gitu. -> rating saya: 5 star
Track 8: Membunuh Benci
- Lagu ni pun salah satu lagu Favorite saya. Nak tau dengar sendiri. best lagu nih. -> rating saya: 4.5 star
Track 9: Lebih Indah
- Rasanya lagu dalam track terakhir ini tidak perlu saya perkenalkan lagi. Lebih indah judul diberikan dan memang lagu ini cukup Indah. Ok bagi bintang terus la. -> rating saya: 4.5 star
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^