| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | PROMOSI | | MyGK | | OSH |

+++++ JEMPUT UNTUK KLIK LIKE @ SHARE ARTIKEL~ +++++

Jumaat, 18 Julai 2014

Tuan Guru Nik Aziz Masih sihat

Assalamualaikum.. Khabar angin bahawa Bekas Mursyidul Am Pas meninggal dunia memang memeranjatkan saya dan juga rakan-rakan. Namun, pagi ini melalui page facebook beliau dapat kita lihat beliau masih lagi bernafas dan lebih sihat. Syukur. Beliau sempat membaca dan memberi ulasan tentang tragedi yang menimpa pesawat MAS MH17 Boeing 777. ini adalah sedikit update daripada beliau:


Dari wad HUSM, saya membaca berita berkenaan pesawat MAS yang diberitakan ditembak di Ukraine yang melibatkan kematian 23 orang rakyat Malaysia dari lebih dua ratus penumpang. Takziah saya rakamkan kepada keluarga mangsa yang terlibat, semoga Allah SWT merahmati roh saudara seagama kita yang dipanggil mengadapNya di bulan yang mulia ini. Saya berkongsi rasa dukacita di atas tragedi berkenaan.
Di satu segi yang lain, saya mengharapkan agar satu siasatan terperinci dilakukan ekoran tragedi berkenaan khususnya dari aspek prestasi keselamatan laluan berkenaan yang dikatakan telah bergolak sekian lama. Masyarakat antarabangsa juga wajib mengambil peranan untuk memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik agar tidak melibatkan orang awan yang tidak berdosa di dalam pertikaian mereka.
Jika benar ia merupakan serangan sebagaimana dilaporkan, ia wajib dikutuk dan diambil tindakan.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

2 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Mr.PiNGu. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PENGUNJUNG

Recent Comments Widget
Search