Ini salah satu trafik Blog gempakz.org dalam satu bulan tertentu. Daripada gambar, trafik daripada pelawat unik lebih kurang 29 ribu manakala impression 62 ribu. Banyak ke?
Bagi sesetengah blogger, trafik seperti ini tinggi manakala bagi mereka yang dah berjaya, amat kecil jumlah ini. Trafik blog saya ni sebenarnya mengalami perubahan turun naik juga berdasarkan tahap kerajinan saya menulis dan mempromosikan di laman sosial seperti facebook dan twitter. Namun begitu, jika saya tidak menulis dalam satu jangka masa yang agak lama, blog saya masih mendapat trafik yang agak baik. Trafik diatas adalah hasil dimana saya sudah tidak menulis pada satu jangka waktu yang panjang. Saya pernah mendapat trafik dua kali ganda lebih banyak daripada ini.
Justeru, cara untuk mendapat trafik yang baik adalah dengan menulis artikel yang berkualiti yang releven sepanjang masa. Maksud saya yang akan sentiasa dicari oleh orang. Selain itu, kena juga pandai main SEO untuk memudahkan carian engine listkan blog anda di page-page terawal.
Anda juga boleh mendapat trafik yang tinggi jika anda mengejar topik bermusim atau isu-isu semasa yang hangat diperkatakan. Sebabnya, ramai orang akan mencari maklumat tersebut. Semakin awal anda menulis semakin tinggilah trafik yang akan anda perolehi kerana kurang persaingan daripada penulis blog yang lain.
Kepada pengikut gempakz.org, mungkin anda perasan yang saya kembali menggunakan blogspot untuk menulis. Mengapa? Jawapan saya adalah kerana hosting berbayar yang saya gunakan sudah hampir tidak dapat menampung bandwidth bulanan yang tinggi disebabkan ramai pelawat blog wordpress saya. Namun begitu, saya tetap tidak akan hilang trafik walaupun menggunakan blogspot kerana saya sy menggunakan domain nama yang saya beli (gempakz.org).
Ada orang bertanya: Pentingkah trafik blog yang tinggi? Jawapannya, penting jika anda ingin mempromosikan produk anda ataupun anda berminat nak menambah pendapatan menggunakan blog anda hasil daripada paparan iklan blog. (contoh: nuffnang, innity, adverlets, manggad dan sebagainya). Tengtang pengkilanan blog saya akan cerita lain masa (hakikatnya saya pernah tulis sebelum ini).