Malam ini berlabuhnya malam penutup bagi semi-final muzik-muzik 30. Malam ini memperlihatkan banyak lagu hebat dan penyanyi hebat yang membuat persembahan. Antaranya ialah Mawi, Hazama, Tomok, Roni Hussein, Aida Jebat, Dayang Nurfaizah, Azmil Mentor Legend, Lah Ahmad, Amir Jahari dan beberapa lagi. Dicampurkan minggu sebelumnya maka genaplah 30 lagu yang telah berentap di separuh akhir juara lagu 2015.
Persembahan pembukaan malam ini adalah daripada Tomok menerusi lagu Assalamualaikum yang asalnya dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Mungkin atas sebab kesihatan Faizal Tahir tidak menyanyikan sendiri lagu ini. Pada pendengaran saya kurang sedikit sengatannya.
Persembahan vokal yang menarik pada malam ini antaranya daripada Azmil Mentor Legend, Lah Ahmad, Roni Hussein dan Dayang Nurfaizah. Mawi juga tidak kurang hebatnya.
Persembahan daripada kumpulan Forteen secara keseluruhannya agak baik. Amir Jahari pula dilihat menyanyi dengan santai kerana key lagu yang sederhana. Persembahan penutup oleh Aida Jebat cukup menarik dan comel sekali.
Pada minggu-minggu sebelumnya, banyak lagu menarik telah didendangkan seperti Syurga (Alyah), Knok knok (Elizabeth Tan), sampai mati (hazami), dan banyak lagi.
Atas keputusan juri yang diketuai oleh Datuk Mohzani Ismail, 12 lagu dipilih untuk ke Pentas Final Muzik-muzik 30. Keputusan penuh adalah seperti dibawah:
1- Hazama - Sampai Mati (Omar K & Audi Mok)
2- Akim & The Majistret - Potret
3- Tomok - Assalamualaikum
4- Drama Band - Dengarkanlah
5- Caliph buskers - Hanya Namamu
6- Elizabeth Tan - Knok knok
7- Bunkface - Malam ini kita punya
8- Noh Salleh - Angin Kencang
9- Kaka & Justhin - Bukan hal aku
10- Black - Mana Mungkin
11- Stacy & Altimet - Not for sell
12- Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah.
Tahniah kepada semua yang terpilih. Semoga dapat buat yang terbaik untuk final nanti. Kombinasi lagu terbaik dan artis yang berjaya membawakan lagu tersebut telah diketahui. Nantikan Final nanti.