JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Secoret tentang Gegar Vaganza 8

Sekarang ini sedang berlangsung konsert Gegar Vaganza 8 atau GV8 yang telah memasuki minggu ketujuh. Hanya Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum kita akan sampai ke konsert final Gegar Vaganza 8.

Gegar vaganza adalah salah satu program nyanyian realiti yang melibatkan penyanyi-penyanyi lama yang sudah lama tidak aktif dalam bidang nyanyian. Salah satu perkara yang positif tentang program ini adalah dengan memperkenalkan kembali artis-artis yang mungkin sudah dilupakan oleh peminat industri seni. Ini juga medium untuk artis-artis terpilih untuk menunjukkan kemampuan masing-masing menyanyikan lagu dalam pelbagai genre yang diberikan.

Tahun ini memperlihatkan artis-artis berbakat besar yang menyertai pertandingan ini seperti Adibah Nor, Aliff Aziz, Suki Low,  Nikki Palikat,  azan scan,  dan ramai lagi.

Salah satu cabaran besar dalam pertandingan ini adalah setiap artis perlu menunjukkan kemampuan dan kreativiti dalam menyampaikan lagu tugasan yang diberikan pada setiap minggu. Mereka perlu bersaing sesama mereka untuk merebut tempat ke minggu seterusnya. Peserta yang mendapat markah terendah kemungkinan besar akan disingkirkan tersebut seterusnya gagal Mara ke konsert seterusnya.

Salah satu peserta favourite adalah Bandi Amuk. Namun, beliau juga gagal untuk ke separuh akhir kerana tersingkir pada konsert minggu ketujuh. Ini menunjukkan bahawa program ini cukup sengit dan mereka yang berjaya melakukan yang terbaik sahaja akan terus mara ke minggu terakhir. Ia juga bergantung kepada rezeki samaada mereka mampu membawakan lagu dengan baik atau tidak.

Tahun ini memperlihatkan juri berbakat besar, Datuk Syafinaz selamat dan juga bonda hetty kos endang  sebagai juri tetap. Saya agak tertarik dengan komentar yang diberikan oleh bonda Hetty Koes Endang yang mana sangat positif dan selalunya bersifat untuk membantu peserta memperbaiki persembahan masing-masing. Diharap  para peserta dapat mengambil nasihat yang diberikan untuk digunakan dalam persembahan persembahan akan datang.  selain itu, nasihat-nasihat yang diberikan oleh bunda Hetty Koes Endang boleh juga dijadikan rujukan oleh penyanyi-penyanyi lain yang mungkin menonton konsert tersebut dan juga para peminat industri seni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^