JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Minggu ke-3 Big Stage. Apa berlaku? Han Byul muncul sebagai Juri?

Hai korang menonton tak konsert big stage untuk minggu ketiga? Minggu ini telah menampilkan juri juara, iaitu bekas juara bigstage musim terdahulu. Lihatlah aksi han byul dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dikerusi juri. Lebih menarik, lagi han byul cuba komunikasi menggunakan bahasa Melayu semasa memberikan komen kepada para peserta.  Terbaik dan wajar dipuji.

Persembahan daripada peserta cukup hebat. Ada yang menunjukkan peningkatan yang menunjukkan penurunan.  Saya agak tertarik dengan persembahan peserta terakhir iaitu Aisha Retno yang menyanyikan lagu popular Allahyarham siti sarah raissuddin iaitu kesetiaan.  juri tetap iaitu Datuk Siti Nurhaliza dilihat tidak dapat menahan air mata dan menangis. Dato Seri Siti Nurhaliza memaklumkan bahawa beliau teringat kepada allahyarham siti sarah raissuddin.

Juri tetap kedua iaitu Ajai juga hampir Kehilangan kata-kata.  Awalnya Ajai meminta para penonton untuk sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham siti sarah raissuddin.  Ajai mendakwa bahawa Raisuddin mempunyai vokal yang tiada gantinya. Aisha Retno telah membawakan lagu tersebut dengan sedap. Kedua-dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga Ajai memberikan markah 75 kepada  Aisha Retno.

Peserta yang menjadi tumpuan para netizen iaitu Mami jerung membawakan lagu yang pernah dipopularkan oleh juri tetap kita Dato Seri Siti Nurhaliza yang berjudul bicara menghiris kalbu namun begitu mendapat kritikan yang membina daripada penyanyi tersebut itu Dato Seri Siti Nurhaliza di mana beliau mengajar Mami jerung untuk menyanyi dengan lebih lembut dan menambahkan vibrato lagu-lagu berentak Balada dan slow.

Moga peserta semua dapat memberi persembahan  lebih baik untuk persembahan minggu-minggu seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^