JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Preview Album Fragmen - Datuk Siti Nurhaliza


Hai! Semua..

Saya dah dengar kesemua lagu dalam album Fragmen bukan sekali malahan berpuluh-puluh kali ulang untuk saya hafal setiap melodinya dan juga sebahagian lirik telah saya hafal. Justeru, sekarang saya dah boleh membuat komen saya untuk lagu-lagu dalam album ini.

Jujurnya, saya mengambil masa beberapa ketika sebelum saya menyukai lagu-lagu dalam Album ini. Pada pendapat saya, Album ini bukanlah Album terbaik yang pernah dipersembahkan oleh Datuk Siti Nurhaliza namun, Album ini membawa kelainan dalam rentak lagu-lagunya. Setiap lagu ada titik kepuasan tersendiri.

Album ini kedengaran lebih santai dan rileks sesuai dengan peredaran usia beliau. Datuk Siti tahu apa yang sesuai untuk vokalnya pada keadaan semasa. Ada juga beberapa lagu yang saya rasa dicipta oleh komposer yang saya tidak kenal dan mungkin asing bagi lagu-lagu Datuk Siti sendiri. Ini adalah percubaan untuk mengubah selera muzik pendengar.

Ok apa kata saya buat review terus untuk setiap lagu sekarang, komen-komen saya untuk setiap lagu adalah berdasarkan pendengaran telinga saya. Saya percaya setiap orang lain citarasanya:

Track 1: Aku

- Lagu berirama Pop ciptaan Faizal Tahir ini menceritakan tentang pendirian dan perasaan seorang wanita yang dilihat cekal. Personally saya suka lagu ni. Iramanya Catchy dan santai. -> rating saya: 4.5 stars

Track 2: Jaga Dia Untukku

- Lagu ini pertama kali saya dengar semasa konsert datuk Siti di KLCC beberapa bulan lepas. Sekali dengar telinga saya dah tangkap yang lagu ni sedap iramanya. Cuma awal-awal tu beep lagu tu menyamai salah satu lagu Rihanna. Akan tetapi keseluruhannya lagu ini tidak sama dengan lagu Rihanna. Lagu ini meceritakan tentang kegelisahan perasaan seseorang  insan memikirkan seseorang insan disayangi yang jauh daripadanya yang ditimpa malang. Lagu ini pun best sangat lah. Tak boring play banyak kali. -> rating saya: 5 stars

Track 3: Mula dan Akhir

- Lagu ini merupakan lagu pertama yang saya jadikan lagu favorite dalam album ini. Ini kerana kekuatan lirik lagu ini yang menceritakan tentang realiti kehidupan insan.. yang dilahirkan tanpa apa-apa dan akan kembali kepada kematian tanpa membawa apa-apa. ia juga menceritakan tentang suka duka kehidupan dan juga keterlanjuran yang mungkin banyak dilakukan dalam kehidupannya. Namun, pengharapan akan keampunan dan dijernihkan kembali hati melalui Taubat kepada Tuhan. Lirik yang penuh nasihat dan pengharapan. melodi dia pun best. Layan sangat saat-saat kita rasa sunyi sayu. -> rating saya: 5 stars

Track 4: Kau Sangat Bererti

- Lagu ini menceritakan tentang perasaan jatuh cinta kepada seseorang yang dikagumi. Melodi lagu ini santai pada awalnya, ia lebih banyak dihidupkan oleh Vokal indah Datuk Siti. Melodinya kemudian menjadi lebih bertenaga pada pertengahan verse. -> rating saya: 3.5 stars

Track 5: Sanubari

- Saya yakin lagu pada track ini merupakan lagu kegemaran sebahagian besar pemilik Album Fragmen Datuk Siti. Melodi lagu ini cukup kuat ditambah dengan alunan Vokal Datuk Siti yang baik. Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang sangat dicintai dimana orang ini sangat menerima kelebihan kekurangan orang yang dicintainya. saya pun suka lagu ini. -> rating saya: 5 star

Track 6: Terbaik Bagimu

- Lagu ini pun not bad. Layan juga la. Lagu ni menceritakan tentang seorang lelaki yang dicintai namun wanita ini merasakan perasaan sayangnya masih belum cukup kuat untuk lelaki itu yang baginya sudah buat yang terbaik untuk dirinya. -> rating saya: 3.5 star

Track 7: Warna Dunia

- Lagu ni rancak. Saya sangat suka lagu ini. iramanya best dan Vokal Datuk Siti sangat best dan kedengaran remaja sikit. Lagu ini juga menaikkan semangat gitu. -> rating saya: 5 star

Track 8: Membunuh Benci

- Lagu ni pun salah satu lagu Favorite saya. Nak tau dengar sendiri. best lagu nih. -> rating saya: 4.5 star

Track 9: Lebih Indah

- Rasanya lagu dalam track terakhir ini tidak perlu saya perkenalkan lagi. Lebih indah judul diberikan dan memang lagu ini cukup Indah. Ok bagi bintang terus la. -> rating saya: 4.5 star

Tuan Guru Nik Aziz Masih sihat

Assalamualaikum.. Khabar angin bahawa Bekas Mursyidul Am Pas meninggal dunia memang memeranjatkan saya dan juga rakan-rakan. Namun, pagi ini melalui page facebook beliau dapat kita lihat beliau masih lagi bernafas dan lebih sihat. Syukur. Beliau sempat membaca dan memberi ulasan tentang tragedi yang menimpa pesawat MAS MH17 Boeing 777. ini adalah sedikit update daripada beliau:


Dari wad HUSM, saya membaca berita berkenaan pesawat MAS yang diberitakan ditembak di Ukraine yang melibatkan kematian 23 orang rakyat Malaysia dari lebih dua ratus penumpang. Takziah saya rakamkan kepada keluarga mangsa yang terlibat, semoga Allah SWT merahmati roh saudara seagama kita yang dipanggil mengadapNya di bulan yang mulia ini. Saya berkongsi rasa dukacita di atas tragedi berkenaan.
Di satu segi yang lain, saya mengharapkan agar satu siasatan terperinci dilakukan ekoran tragedi berkenaan khususnya dari aspek prestasi keselamatan laluan berkenaan yang dikatakan telah bergolak sekian lama. Masyarakat antarabangsa juga wajib mengambil peranan untuk memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik agar tidak melibatkan orang awan yang tidak berdosa di dalam pertikaian mereka.
Jika benar ia merupakan serangan sebagaimana dilaporkan, ia wajib dikutuk dan diambil tindakan.

Pesawat Mas MH17 Boeing 777 Tehempas

Berita yang cukup sedih ini telah disahkan benar. Saya simpati dengan nasib mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat. Selain itu, saya terkilan kerana kejadian ini berlaku lagi atas pesawat rasmi negara yang sebelum ini melibatkan MH370. Ya Allah.. Berilah kami rakyat Malaysia keselamatan dan tabah menghadapi dugaan yang melanda. saya sendiri pernah menaiki Boeing 777 untuk pesawat MAS di laluan MH17 ini. Pesawat yang cukup selesa ditambah dengan kemesraan pramugari pramugara yang bertugas. Disini saya lampirkan gambar-gambar yang telah saya printscreen daripada video berita daripada media Ukraine.

Antara Passport yang dijumpai

 Passport Malaysia antara yang dikenalpasti

Serpihan pesawat yang ditemui di ladang jagung

Sekitar tempat kejadian

Rayuan Sumbangan Derma Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Geng Karoks (GK) dengan kerjasama Kelab Apirasi Gema Nyanyian (AGN) akan menganjurkan aktiviti sehari bersama warga emas Nur Ehsan, Kempas Johor bahru. Program ini akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti gotong royong, memasak bubur lambuk, berbuka puasa dan bertarawikh bersama.

Saya selaku Pengerusi Geng Karoks dengan ini merayu sedikit sumbangan ikhlas daripada sesiapa sahaja yang sudi membantu. Sumbangan anda akan diserahkan sepenuhnya kepada Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan untuk membantu mereka dalam mengurus warga emas disana.

Disini saya lampirkan surat Rayuan Sumbangan tersebut:


Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Geng Karoks adalah merupakan kelab NGO yang telah banyak membantu dalam kerja-kerja amal serta melibatkan diri secara langsung dalam banyak Persatuan-Persatuan dan masyarakat yang berada di sekitar Johor.

Tujuan Utama program ini adalah sebagai tanda prihatin dan simpati dengan nasib golongan warga emas Nur Ehsan. Maklumat lanjut tentang warga emas ini ada dilampirkan pada lampiran seterusnya.

Kami akan menjalankan Program aktiviti kebajikan di rumah orang tua Warga Emas Nur Ehsan Kempas pada 19hb Julai 2014 (Sabtu). Diantara aktiviti – aktiviti yang akan dijalankan sempena bulan Ramadan ialah gotong royong, Program bubur Lambok, Berbuka bersama Warga Emas Nur Ehsan dan lain-lain lagi.

            Tarikh :           19 hb  Julai 2014 (Sabtu)
            Masa  :           3.00 Petang  hingga 10.00 Malam
           Tempat:           Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas

Diharap dengan adanya sumbangan yang bakal diserahkan dapat meringankan beban dan memberikan sinar kegembiraan yang dapat dinikmati oleh warga Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas. Keperhatian dan kerjasama dari pihak Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan, untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Bagi matlumat lanjut atau  butiran terperinci boleh menghubungi:

Urusetia Program,
Kelab Geng Karoks
No, 1344  Jalan Rajawali 4, Bandar Putra, 81000 KulaiJaya, Johor Darul Takzim

up:                   Mohd Salleh Bin Mokhtar      - 0177892799
                     Adie Rayyan                   - 0137711214
                     Osman Ayop                 - 0136707480

Sekian, terima kasih.

“SEDEKAH ITU ADALAH SATU BARAKAH”    

Sekian,

Keputusan Piala Dunia: German vs Argentina


Keputusan: 

German:1 - 0 :Argentina

Penjaring Gol: 

Mario Gotze (Pemain Simpanan)


Pemain Favorite ni tak menonjol sangat pada perlawanan akhir tadi


Sekitar Promosi Akar Kita Zapin, Aeon Kulaijaya

Dapat daripada facebook Azmir Arif. Promotour AKZ (Akar Kita zapin) dan lagu raya Kalimah Lebaran bersama Noraniza Idris, Azmir Arif, Mohammad Ihab Ismail Fee Haiqal dan Rohana Kasih Enterprise di AEON Kulaijaya Johor, 12 Julai 2014.

Sebenarnya, Kak Noraniza Idris ada invite saya dalam event ini tetapi saya "pengsan" sepanjang siang tadi so tak dapat la nak turut serta. Terkilan gak. Apa-apapun daripada gambar dan update Azmir dan kak Noraniza Idris, majlis ini berjalan lancar. Saya kongsikan gambar-gambar yang diupdate oleh Azmir Arif.








Gambar Villa Nabila

Sekarang dah senyap cerita pasal Villa Nabila selepas kes kehilangan yang menggemparkan sebelum ini. Tempat tu pun dah di seal and tak boleh masuk dah. Ni antara gambar Villa Nabila bagi yang tidak pernah melihat / sampai ke tempat ini.










Gambar Ketupat Daun Palas

Assalamualaikum.. Menjelang hari Raya tak lama lagi, salah satu makanan wajib bagi masyarakat melayu adalah ketupat. Namun ketupat umumnya ada dua jenis iaitu ketupat biasa yang menggunakan beras di dalamnya dan dianyam menggunakan daun kepala dan yang kedua adalah ketupat palas yang dibuat menggunakan daun palas dan diisi dengan pulut. Disini saya kongsikan gambar ketupat palas yang umumnya berbentuk segitiga. Ketupata pasa sedap dimakan dengan rendang daging.





Ping Blog ke Google Plus


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sebahagian besar blogger mengharapkan trafik tinggi ke blog mereka. Mengapa perlukan trafik yang tinggi? Untuk kepuasan penulis sendiri dan pada masa sama meningkatkan pendapatan blog.

Orite. Salah satu cara untuk meningkatkan trafik blog adalah dengan kaedah ping blog. Disini saya nak syorkan untuk ping blog anda ke google plus. Akaun google plus ini senang dibuat as long as anda ada akaun google dan menggunakan emal gmail.

Setiap kali anda update entry blog pastikan anda ping ke google plus profile senang sahaja. Jika lihat contoh gambar diatas, ping ke google plus mudah dicrawl oleh carian google. Maka trafiik akan lebih tinggi. Selamat mencuba!

KOLEKSI BAJU RAYA

DIANDRARAYA by DIANDRA COUTURE

Apa yang boleh saya katakan ia merupakn design baju melayu hari raya rekaan model yang elegen dan menarik untuk lelaki tampil segak di hari raya aidilfitri yang bakal menjelang kelak













Cantikkan Payudara Secara Semulajadi


Amalkan mengambil nasi lemak 50-sen pasti payudara akan cantik secara semulajadi



Abang meninggal dunia kerana dibelasah ayah


Kisahnya Begini, 

Seorang abang yang berhati mulia tak sanggup melihat adik-adiknya sebanyak sembilan orang hanya makan bubur dan air kosong ketika berbuka puasa. Kemudian beliau menyatakan hasrat untuk mencari kerja sambilan untuk membantu keluarga.

Akibatnya, ayahnya naik angin dan membelasah anaknya dengan objek keras sehingga remaja itu rebah tidak sedarkan diri. Ibunya sangka dia tidur tetapi rupanya telah meninggal dunia kerana kecederaan dalaman.

Ayah jenis apa ini? Pandai membuat anak ramai, tapi tak mampu nak beri yang sebaiknya untuk anak-anaknya. Malahan hasrat murni anak sulong yang patutnya dia hormati membawa kemarahan kerana sifat ego-nya tercabar. Bulan Ramadan ini patutnya lebih berfikiran waras namun berfikir bukan guna akal tetapi nafsu beginilah jadinya.. wallahualam.. Sedih

10 Makanan menurunkan berat badan

Artikel bagus untuk saya kongsikan. Ada 10 jenis makanan yang disenaraikan disini yang boleh membantu menurunkan berat badan. Semuanya pun mudah didapati. Apa lagi kawan-kawan mari kita menurunkan berat badan. Artikel berbahasa inggeris harap memahaminya ok.



Health Tip : Here are 10 Foods That Burn Fat http://www.healthdigeZt.com 

1. Oats : Its not only tastes great but also reduces your hunger. Oats contains fiber which helps and stabilizes the levels of cholesterol. 

 2. Eggs : Eggs are the rich sources of proteins and low in calories. Eggs helps us to build the muscles and develops the good cholesterol. 

 3. Apples : Apples are enriched with powerful antioxidants and other supplements. Most importantly it contains Pectin which helps to reduce the fat cells in the body. 

 4. Green Chillies : Green chillies contains Capsaicin which helps to develop the body growth cells and burns the calories in quick time. 

 5. Garlic : Garlic contains Allicin which has anti-bacterial properties helps us to reduce the fat and removes the bad cholesterol. 

 6. Honey : Honey is the best one to burn fat. Add honey in warm water and take it daily in the early morning. 

 7. Green Tea : Green Tea is the most effective one which helps you to lose weight. It contains Antioxidants which helps and stabilizes our body weight.Take daily 2 cups of tea for a better results. 

 8. Wheat Grass : It boosts our metabolism and helps to reduce the fat. 

 9. Tomatoes : Tomatoes helps us to burn the fat in quick time. It also helps us to stay away from cancer. So Take tomatoes in your diet regularly. 

10. Dark Chocolate : Dark chocolate contains Flavonoids, anti-inflammatory properties which helps to reduce the cholesterol levels in the blood. It boost the growth of serotonin in the blood and also burns the fat. Must share !

Cara Mengesan Jin Dalam Tubuh Badan Manusia


CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA 


Assalamualaikum,,disini saya nak kongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada didalam tubuh badan kita. Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, anda pegang dinadi sebelah kiri anda dan baca doa ini:

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x
2. Selawat Keatas Nabi 3x
3. Surah Al-Fatihah 1x
4. Ayat Kursi 3x
5. Zikir Lailahaillallah 100 x.

sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat diatas badan anda terasa seperti dibawah itu la tandanya tubuh badan anda dihuni jin , Segera la pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.

1.Bergetar/mengigil
2.Panas
3.Pening.
4.Muntah
5.Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.
6.Mengantuk.

PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah.

Berdoalah di bulan Ramadan


Assalamualaikum..

Dikala bulan ramadan yang mulia ini, kita panjatkanlah doa sebanyak mungkin agar Allah makbulkan doa kita. Tambahkanlah jua amalan-amalan baik di bulan yang mujlia ini seperti membaca Al-Quran, solat sunat, bersedekah, berzikir dan sebagainya. Semoga kita mendapat pahala yang tidak terkira banyaknya =)