JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Sembang mengenai mencari pekerjaan

Salam semua..

Setiap manusia ada kitar hidup masing-masing. Dari kecil dipelihara oleh orang tua, diberi pendidikan dengan bersekolah, diberi wang saku, makan minum, pakaian tempat tinggal.. sehingga akhirnya mereka menjadi dewasa dan boleh mengurus kehidupan sendiri.

Sebagai manusia dewasa, kita tidak sepatutnya masih bergantung kepada ibu bapa untuk membesarkan kita. Kita perlu ada hala tuju kita sendiri. Memiliki kerjaya tetap demi membantu ibu bapa kita kembali. Apabila mereka sudah tua dan tidak ada upaya untuk melakukan kerja, kitalah sebagai anak yang perlu berjasa kepada mereka.

Pokok persoalan ialah tentang pencarian kerja. Ramai orang sudah mampu mendapat pendidikan tinggi disebabkan kemudahan pembelajaran yang banyak di negara kita. Untuk melanjutkan pelajaran pada peringat sijil, diploma, ijazah, ijazah lanjutan dan sebagainya bukanlah menjadi satu masalah. Namun, masalah timbul apabila ramai orang yang berkelulusan tinggi ini masih gagal mendapatkan pekerjaan yang baik.

Ada yang mengatakan graduan fresh ini terlalu demand. Tidak mahu melakukan kerja susah dan mahu gaji yang tinggi. Justeru, mereka amat memilih pekerjaan yang mereka perlu ceburi. Ramai yang masih menganggur kerana terlalu memilih pekerjaan.

Pada pendapat Mr.PiNGu, kita sepatutnya bermula daripada bawah. Garablah peluang pekerjaan yang ada bagi menimba pengalaman. Jika sudah ada pengalaman yang mencukupi dalam sesuatu bidang pekerjaan, bolehlah berpindah kepada satu jawatan yang lebih baik. Janganlah berharap bahawa anda terus boleh berada di satu level diatas tanpa melalui peringkat bawahan. Tiada jalan pintas dalam bidang kerjaya. Bermulalah daripada bawah.

Ada antara mereka yang merungut kerana terlalu sukar mendapatkan pekerjaan yang sesuai kerana ekonomi negara yang dikatakan tidak baik dan membataskan tawaran kerjaya yang ada. Mungkin ada benarnya. Namun begitu, saya fikir masih banyak lagi bidang kerja yang ditawarkan yang mungkin tidak begitu memberi keselesaan kepada anda ataupun berada di luar minat anda. Namun, apa salahnya mencuba daripada tidak mencuba langsung. Sekurang-kurangnya, anda boleh jana sedikit pendapatan untuk menyara diri anda tanpa perlu bergantung kepada orang tua anda.

Akhir kata, carilah pengalamn daripada bidang kerja yang mungkin ditawarkan, meskipun bukanlah satu bidang kerja yang anda idam-idamkan. Pengalaman bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli. ia perlu dilalui sendiri.

Sekian sahaja.. Salam.

2 ulasan:

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^