JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

NICE: Manisnya Artis-artis Bertudung


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sari info dari iGLoO Mr.PiNGu

Disempena bulan yang mulia ini, Mr.PiNGu nak ucapkan semoga korang semua masih lagi mampu dan bersemangat untuk meneruskan sisa-sisa Ramadan yang ada. Pada hari ini, Mr.PiNGu nak kongsikan gambar artis-artis wanita bertudung. Mungkin sebahagian besar daripada mereka sudah diketahui umum sebagai artis tidak bertudung. Namun, pada pendapat saya, mereka lebih manis mengenakan tudung. Disamping menutup aurat, mereka nampak lebih menawan.

1) Fouziah Ghous


Beliau merupakan seorang pelakon yang sangat jelita. Memiliki rambut yang lurus bak teknik rebonding. namun beliau menegaskan bahawa itu adalah rambut semulajadi beliau kerana beliau ada darah Cina. Pernah dikatakan bercinta dengan Iqram Dinzly. Manis kan gambar beliau mengenakan tudung?

2) Irma Hasmie


Beliau merupakan seorang pelakon yang tidak bertudung. Namun, baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan perubahan imej Irma Hasmie yang dikatakan mahu terus bertudung. satu perubahan yang baik dan dharap berkekalan. Pernah bercinta dengan Nabil Raja lawak dan ada gosip panas disana. Mungkin Irma rasa insaf atas insiden tidak dijangka bersama Nabil. Insiden apa try la google sendiri. Hehe

3) Zarina (AF)


Wow.. Kalau lihat gambar kat atas memang cun giler Zarina ni. Dia ni memang gadis yang cantik. Pernah bercinta dengan Khai (AF). Dulu masuk AF bersama-sama Khai bagi membuktikan dirinya juga bagus sebagai penyanyi. Bekas kekasihnya Khai telah berkahwin dengan Rosma, yang juga merupakan peserta Af pada tahun yang sama.

4) Nora Danish


Nora Danish.. Siapa tak kenal akan pelakon yang sangat comel ini dan suaranya juga comel manja. geram je tengok. Pernah berkahwin dengan Jejai dan dikurniakan seorang anak. Namun jodoh mereka tak panjang kerana dikatakan kerana orang ketiga. Nora danish walaupun sering tampil seksi namun dalam gambar diatas, beliau mengenakan tudung litup. Manis sekali.

5) Fazura




Fazura.. she is one of my favorite. Wajahnya lembut sekali. Dia ni memang manis. Selain pandai berlakon, Fazura juga sebenarnya boleh menyanyi. sangat manis apabila Fazura mengenakan tudung. Beliau ada menyuarakan hasrat untuk bertudung suatu hari nanti. Semoga niat murni ini dipercepatkan..

6) Aishah


Aishah merupakan salah seorang bintang yang cukup mengagumkan dunia seni suara satu masa dahulu. Sekarang pun Vokal beliau masih hebat. Cuma agak jarang kita lihat persembahan beliau di kaca televisyen. Aishah telah berkahwin dua kali dan malangnya jodoh tidak panjang. Semoga Aishah bertabah. Sudah agak lama juga Aishah memilih untuk bertudung. Gembira dengan pilihan beliau.

7) Ekin


Ekin merupakan seorang yang sangat beruntung kerana dapat bersuamikan mawi, jejaka pujaan ramai wanita dan makcik-makcik felda (kata orang) hehe.. Dahulu, Mawi merupakan artis paling ppular dan laris di Malaysia namun sekarang namanya sudah tenggelam mungkin kerana sedikit masalah pada attitude (kata orang). Ramai juga tak suka Ekin dan Mawi berkahwin. Namun jodoh dan ditentukan oleh Tuhan. Siapalah kita untuk menghalang. Ekin dikenali sebagai seorang yang seksi sebelum ini dan telah berubah sebagai gadis bertudung. Ada yang berkata kerana mawi. Wallahualam. tapi apa-apapun usaha yang baik kerana mengenakan tudung secara tetap.

8) Ezlynn


Beliau dkenali sebagai artis pop rock yang seksi dan lincah diatas pentas. sangat popular pada awal kemunculannya kerana lagu berhantu, Hi Hi Bye Bye. gambar bertudung ini sebagai model sahaja kerana hakikatnya beliau belum lagi mengenakan imej bertudung.

9) Farah (AF2)


Farah Af2 ni saya tak begitu pasti dengan statusnya. Kadang-kadang beliau mengenakan tudung kadang-kadang tidak. dalam rancangan jelajah negeri cina saya lihat beliau mengenakan imej bertudung. saya berharap beliau akan mengenakan imej tudung secara kekal lebih-lebih lagi selepas berkahwin.

10) Sheila Majid


Siapa tak kenal akan artis lagenda yang seorang ini. Seorang yang sangat mempersonakan diatas pentas nyanyian. Beliau sangat berjaya bukan sahaja di Malaysia malahan di Indonesia juga. Irama Jazz yang dibawannya merupakan satu fenomena kepada industri hiburan tanahair. Beliau belum lagi bertudung setahu saya. Namun terjumpa sekeping gambar ini.

11) Lisa Surihani


Lisa Surihani, merupakan seorang pelakon fenomena. wajah cantik yang dimilikinya menjadi satu aset yang sangat berharga. Memiliki sangat ramai peminat. Tidak hairannya jika fan page facebook beliau telah mencecah 1.6 Juta!! paling tinggi dalam sejarah artis tempatan. Beliau masih kekal dengan imej tidak bertudung. tapi beliau tampil dengan gambar bertudung disini. Cukup manis. Mungkin suatu masa nanti beliau akan bertudung.


12) Noraniza Idris


Penyanyi yang cukup popular dengan irama tradisional ini telah mengenakan tudung sejak beberapa ketika dahulu. Walaupun berimej baru, beliau masih aktif menyanyi dan memperjuangkan irama Malaysia yang dicintainya.

13) Heliza Hilmi


Salah seorang bintang akademi fantasia ini memang telah mengenakan tudung sejak awal kemunculannya. Beliau cukup diminati oleh ramai peminat dan menjadi salah satu ikon  ikon artis bertudung.

14) Datuk Siti Nurhaliza


Datuk Siti Nurhaliza memutuskan untuk bertudung selepas menunakan ibadah haji sedikit masa dahulu. Saya amat menyukai imej datuk Siti yang bertudung litup. Cukup manis sekali lebih-lebih lagi orangnya memang manis. namun, sekarang ni makin sedikit pula tudung yang menutupi kepala beliau. Saya agak kecewa. namun, itu pilihan hatinya.. Semoga beliau terbuka pintu hati untuk mengenakan tudung penuh semula. Kerana beliau telahpun bergelar Hajah.


15) Fasha Sanda


Gadis penuh Kontrobesi. namun begitu, wanita in sangat bijak menangkis kontrobesi yang melanda secara berhemah. Beliau juga masih disayangi peminat dan sangat didambakan oleh produksi filem dan drama dek kerana komitmen kerja beliau yang tinggi. Beliau cukup berdisiplin dalam bekerja. saya pernah terjumpa beberapa gambar beliau bertudung. Memang cukup manis. dah orangnya memang lawa kan?

16) Anuar Zain


Ya hampun!! Mr.PiNGu terjumpa gambar ini secara tak sengaja. Siapalah yang kreatif sangat edit gambar ni jadi gambar wanita bertudung? Wanita sangat kan? Kesian Abang Anuar zain kesayangan hamba nih. Hehe.. maaf ye. Anuar zain tidak pernah mengenakan tudung. Aww.. Xrela!

Kepada para pembaca, semoga terhibur dengan entry kali ni =)

5 ulasan:

  1. Cik CT: khen? mothep anuar zain bertudung.. alang2 bertudung baik berpurdah terus.. orang xkenal.. hahahaa

    BalasPadam
  2. jahat!!!!!!
    sape wat anuar zain tu??
    huhuh..
    eh, lainnya muka noraniza idris tu..mcm bukan dia...

    BalasPadam
  3. nadiRah: hahaha tu la khen? sapalahj yg pedajal Anuar zain tu hahaha. haah Noraniza idris ada cam lain sket tp memang dia tuh.

    BalasPadam
  4. Ape pun dlm byk pic lisa suriani jugak paling cantik pada saya la tak tahu org lain cmne

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^