Hi! Assalamualaikum..
Pe khabar semua? Harap sihat sejahtera. baiklah, pada malam ini, Mr.PiNGu ingin berkongsi sedikit gambar mengenai hobi pelik masyarakat Cina di Negara Cina. Masyarakat Cina memang sudah terkenal dengan tabiat memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan dan juga untuk menjaga keselamatan rumah. namun, agak overla kalau mereka melakukan "ini" terhadap anjing mereka.
Wah... dah macam beruang panda nampaknya! Mereka dikatakan gemar mewarnakan anjing mereka supaya menyerupai haiwan lain yang mereka gemari. Contoh diatas ialah beruang panda. Tapi, hati-hati ya kawan-kawan. Nampak comel tapi najis tetap najis! hehe
Alalalaaa.. comeynye main gasak-gasak.. Agaknya apalah perasan anjing ni ek? agaknya dia pun feeling-feeling beruang panda kots.. So, takleh makan daging, kene makan buluh la nampaknya.. hahaha..
Selain beruang panda, bagi mereka yang ingin membela harimau tetapi hajat tak kesampaian, bolehlah mereka menjadikan anjing mereka sebagai "harimau".. Baru nampak ganas dan garang! hehe
Amacam? takut tak tengok aku? Ganas tak aku? (mungkin itulah yang difikirkan oleh anjing tersebut) hehe. Tapi, walaubagaimanapun, anjing tetap anjing..
Anjing: Ades.. letih la aku nak menyamar jadi ghimau nih.. Apalah tuan aku nih. tak kesian ke kat aku? huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^